Thursday 17 January 2013

Haiwan Menyerupai Manusia Di Derbyshire


Di suatu kawasan pedalaman Derbyshire Countryside, England, seorang warga tempatan menemui sejenis makhluk yang pada mulanya kelihatan seperti seorang bayi. Namun setelah diamati secara dekat, warga tersebut mendapati makhluk tersebut menyerupai seorang manusia tetapi mempunyai sayap. Pihak polis telah mengambil makhluk tersebut untuk dikaji.

Menurut laporan dari hasil X-ray, makhluk tersebut memiliki struktur tulang mirip dengan susunan tulang pada badan, tetapi pada badannya terdapat sedikit rongga seperti serangga. Uniknya, ia juga memiliki rupa bentuk mirip dengan manusia. Mempunyai 2 tangan lengkap dengan 5 jari, dua kaki dan pada bahagian kepalanya terdapat lapisan jaringan kulit sangat tipis yang ditumbuhi rambut berwarna perang keemasan.

Lebih menyukarkan, makhluk ini mempunyai sayap dan badannya pula tersangat kecil di antara 10-20 cm tingginya. Mayatnya juga tidak membusuk malah mengering dan sama sekali tidak mengeluarkan bau busuk. Pada struktur sayapnya pula, ianya seolah-olah daun. Sayapnya mirip dengan struktur sayap serangga.

Sampai sekarang, pasukan forensik yang meneliti jasad makhluk ini belum dapat mengenal pasti sepenuhnya mengenai spesis (jenis) dan identiti makhluk terbabit. Menurut kesimpulan yang didapati, makhluk tersebut memilik struktur DNA mirip dengan DNA manusia, namun ianya terdapat banyak persamaan dengan serangga.

>> lagi kisah pelik, klik sini

Bercumbu Beramai-Ramai Di Rumah Bos


Misha: Kau pergi tak?

Ida: Pergi mana?

Misha: Jamuan kat rumah Encik Adi tu

Ida: Ooo �. Jamuan Encik Adi! Seganlah pulak

Misha: Segan apa pulak?

Ida: Dia tu eksekutif, kita ni kuli aje

Misha: Eh! Yang selalu dia buat jamuan tu, kau datang aje. Kali ni pulak yang segannya. Kenapa?

Ida: Selalu tu dia buat kat pejabat, tak le segan. Ni dia buat kat rumah, seganlah nak pergi

Misha: Yang ni dia buat kat rumah le, sebab jamuan sempena cukur jambul anaknya. Kalau jamuan biasa memanglah dia buat kat pejabat, tak kan jamuan cukur jambul anak pun nak buat kat pejabat!! Kau nilah pulak, macam-macamlah. Jomlah pergi, esok aku ambik kau kat rumah.

Ida: Eh! Engkau ni beria-ia sangat ni kenapa?

Misha: Dia tu kan ke ketua kita?! Kenalah kita raikan majlis yang dia buat. Lagipun dia ni lain dari eksekutif yang lain tu. Dia mesra dengan orang bawahan dia, tak sombong dan yang paling penting

Ida: Apa yang penting sangat tu?!

Misha: Dia pandai bercumbu!!

Ida: Pandai bercumbu?!

Misha: A�aa.. tu yang aku suka kat dia tu. Bersama dengan dia kita tak bosan, sentiasa terhibur. Pandai bercumbu!!

Ida: Eh! Mana kau tau? Biar betul ni

Misha: Betul le! Aku kan ke biasa dengan dia?! Takkan kau tak tau, aku selalu juga pergi rumah dia tu, dia selalu buat jamuan makan-makan.

Ida: Eee.. seram aku dengar! Kau skodeng dia dengan isteri dia ke?

Misha: Apa pulak skodengnya? Sama-samalah!!

Ida: Kau dengan Encik Adi? Astaghfirullah..

Misha: Takkan aku berdua dengan Encik Adi aje, tak manislah orang tengok! Sekalilah dengan isteri dia, dengan orang-orang lain yang datanglah.

Ida: Eh!! Teruknya!

Misha: Apa pulak teruknya? Macam inilah baik, dia memang berpangkat tinggi tapi mesra dengan semua orang, tak sombong dan pandai layan tetamu tak kira pangkat.

Ida: Semuanya bercumbu-cumbuan le yek?!

Misha: Ha laa... itu yang seronok tu!!

Ida: Astaghfirullah!! Tak sangka pulak dia macam tu!! Kau tu pun sama, jenis pakai tudung lingkup tapi buat amalan songsang!!

Misha: Eh!! Apasal kau tetiba melenting macam ni. Tetiba aje tuduh orang yang bukan-bukan!

Ida: Bukan tuduhlah!! Kau sendiri yang dah mengaku, kan?! Tak sangka kau dengan Encik Adi terlibat dengan gaya hidup songsang ni!!

Misha: Gaya hidup sangsang apa pulak ni?? Tak faham aku

Ida: Tak songsang kata kau?! Mengamalkan seks bebas, menganjurkan pesta seks � itu tak songsang?!

Misha: Bawak mengucap Ida! Siapa pulak yang buat pesta seks ni?

Ida: Eh! Engkorang le, kan kau tadi cerita engkorang bercumbu-cumbuan beramai-ramai, kan? Itu dah jadi pesta seks le tu.. bertaubatlah Misha, tinggalkan amalan tak senonoh tu!!

Misha: Hahahahaa

Ida: Ketawa pulak dia, orang serius nih!! Perkara macam ni jangan dibuat main-main.

Misha: Hehehee � Aku ketawa sebab geli hati sesangat ni, sampai nak pecah peruk rasanya!! Hikhikhi

Ida: Haa..

Misha: Kau tu dah salah faham!!

Ida: Salah faham apa pulak?

Misha: Bercumbu yang aku cakap ni tadi bukan maknanya bercium-cium macam seks bebas yang kau sangka tu!!

Ida: Makna bercumbu ni, berjenaka, buat lawak!! Encik Adi tu suka berjenaka, suka buat lawak, isterinya pun sama. Itu pasal aku suka pergi rumah dia kalau dia buat jamuan.. seronok!!

Misha: Laa.. ada makna macam tu ke? Macam mana boleh aku tak tau?!

Ida: Tu la, masa kelas Bahasa Melayu masa sekolah dulu kau suka ponteng dan tidur dalam kelas! Hehehe

Bercumbu:
(1) berjenaka, berkelakar, bersenda gurau
(2) mengeluarkan kata-kata manis (sewaktu berkasih-kasihan)
(3) bercium-cium mesra 


SUMBER

Fara Fauzana Sedia Hidup Bermadu



Farah Fauzana Mohd Fadzil kata dia tidak mempunyai masalah untuk hidup berpoligami sekiranya tidak mendapat halangan daripada bakal madunya itu. Fara juga mengakui sedang berusaha mencari lelaki sesuai untuknya, namun pada masa sama dia tetap berhati-hati agar dapat memilih individu yang benar-benar bertanggung jawab.
Walaupun masih tiada calon suami, Farah telah membuat beberapa persiapan perkahwinan sebagai persediaan untuk menempuh alam itu kerana diaa seorang yang suka merancang dan membuat persediaan awal tidak kira apa-apa hal sekali pun.

Senarai 26 Pemain Dipanggil Menentang Qatar



Goalkeepers:
 Khairul Fahmi (Kelantan), Farizal Marlias (Perak), Norazlan Razali (Selangor)
Defenders:
 Amirizdwan Taj Tajuddin, K. Reuben (both ATM), Aidil Zafuan (Darul Takzim), Fadhli Shas (Harimau Muda), Nik Shahrul Azim (Kelantan), Mahalli Jasuli, Asraruddin Putra Omar, Bunyamin Umar (all Selangor), Faizal Muhammad (Terengganu)
Midfielders: 
Amar Rohidan (FELDA United), Gary Robbat, Wan Zack Haikal (both Harimau Muda), Shakir Shaari, Norfarhan Muhammad (both Kelantan), Azamuddin Akil (Pahang), Yong Kuong Yong (Perak), K. Gurusamy, S. Kunanlan (both Selangor), Ashaari Shamsuddin (Terengganu)
Forwards: 
Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha (Darul Takzim), Khyril Muhymeen Zambri (Kedah), Fauzi Roslan (Pahang)

Wednesday 16 January 2013

Air Paling Sedap Di Dunia

 

"Semenjak Nabi Adam terkeluar dari Syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian beliau menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dan air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pokok kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung-burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung itu. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dari air mata taubatmu."

Begitulah rasa berdosa dan bersalah kepada Allah telah menyebabkan Nabi Adam menangis selama beratus tahun lamanya. Sehingga kemudiannya Allah telah menerima taubatnya dan menjadikan air yang lazat, pohon cengkih dan kayu manis daripada air mata taubatnya itu."

SUMBER

Rosmadi: Selesai isu Butler-Hodak tanpa libatkan FAM


Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa)
Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa)
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) berharap krisis yang berlaku antara jurulatih T-Team, Peter Butler dengan rakan sejawatannya, Bojan Hodak dapat diselesaikan secara profesional bagi mengelak tumpuan terjejas dalam saingan Liga Super.

Naib Presiden Kafa, Rosmadi Ismail ketika dihubungi berkata, pihaknya mahu melihat kedua-dua jurulatih itu menyelesaikan krisis secara profesional, bukan secara sentimen dan sebagainya.

"Setakat ini saya belum mengetahui perkara tersebut tapi saya akan siasat dan mengetahui secara terperinci kes ini terlebih dahulu.

"Saya juga akan bersemuka dengan Bojan dan berbincang sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan," katanya kepada Sinar Harian Online.

Tambah Rosmadi, "sebagai pihak pengurusan, saya berharap krisis ini dapat diselesaikan secara profesional."

"Mereka pun bukanlah calang-calang jurulatih, mereka jurulatih yang hebat, jadi lebih baik selesaikan masalah ini d iluar, tak payah melibatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," katanya.

Rosmadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Butler yang berkeras tidak mahu bersemuka dengan Hodak, sebaliknya mahu meneruskan niat melaporkan penghinaan jurulatih Kelantan itu terhadap ibunya kepada FAM.

Butler berkata, beliau akan melaporkan kejadian itu kepada FAM dalam masa terdekat ini kerana jurulatih Kelantan berusia 42 tahun itu tidak mahu memohon maaf kepadanya.

Baru-baru ini, Hodak didakwa menghina mendiang ibu Butler ketika perlawanan Liga Super antara T-Team dan Kelantan di Kuala Terengganu, Sabtu lalu.

Pengendali Kelantan itu dikatakan bertutur dalam bahasa Croatia yang tidak difahami pengadil perlawanan dan Butler.

Enggan mengulas dengan lebih lanjut, Rosmadi berkata, "buat masa ini saya tidak mahu komen banyak, biar saya berbincang dan meneliti kes ini terlebih dahulu."

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai prestasi semasa Kelantan yang dilihat hilang rentak setelah hanya mengumpul empat mata dalam tiga perlawanan setakat ini, Rosmadi tetap yakin pasukan gergasi Pantai Timur itu akan bangkit pada perlawanan seterusnya.

"Saya tetap berpuas hati dengan prestasi Kelantan setakat ini.

"Bagi saya, biasalah dalam bola sepak, ada naik dan turunnya. Bukannya selalu kita akan menang.

"Jadi, jangan kerana kalah dua tiga kali kita sudah hilang keyakinan," katanya yang yakin pasukan Kelantan mampu mengekalkan pencapaian musim lalu.

Anne Ngasri Hamil setelah Sebulan Nikah


Anne berharap agar segera berbadan dua selepas hampir sebulan bernikah dengan Mohd Sumali. - Foto oleh IBRAHIM MOHTAR.
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Anne Ngasri mengakui dia mungkin telah berbadan dua berdasarkan beberapa petanda seperti mula mual dan loya yang dialaminya sejak kebelakangan ini.
Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 29, berkata, dia berharap simptom-simptom memberi mesej baik iaitu sedang hamil selepas mendirikan rumah tangga dengan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda UMNO Mohd Sumali Reduan, 41, pada 22 Disember lalu.
�Rasa mual itu kerap juga berlaku sejak beberapa hari lalu. Saya pun tidak pasti sama ada mengandung ataupun tidak kerana saya belum membuat pemeriksaan kesihatan lagi.
"Tapi harapan saya mudah-mudahan ada rezeki (hamil) itu,� katanya.
Turut diperkenalkan pada majlis santai itu adalah dua lagi pengacara SIS iaitu pelakon Diana Amir dan Shabana, pengacara Hijab Stailista Ameera Zaini dan pengacara Saffiya, Liyana Hisham.
Ditanya mengenai perkahwinannya, Anne berkata, suaminya seorang yang ringkas dan berfikiran terbuka kerana tidak meletakkan sebarang sekatan untuk dia terus bergiat dalam bidang seni.
Anne di samping dua teman pengacara program SIS iaitu Shabana (kiri) dan Diana Amir.
�Alhamdulillah, kami bahagia dengan pengalaman baharu ini. Dia sangat memahami kerjaya saya.
�Kerjaya seni saya berjalan seperti biasa. Kami saling menyokong dan membantu antara satu sama lain,� katanya yang memiliki tiga anak Abdul Warits, 5, Abdul Wafri, 4, dan Nazharah Afrozah, 3, daripada perkahwinan terdahulu.
Mengenai tanggungjawab sebagai pengacara SIS, Anne berkata, ia adalah kerjasama pertama dengan TV9 walaupun dia pernah mengacarakan pelbagai program televisyen lain sebelum ini.
�Pengalaman mengacara memang ada tetapi bersama TV9, ini adalah kerjasama yang pertama kali.
�Saya teruja untuk mengendalikan program ini kerana ia mengupas isu-isu yang dialami wanita dalam kehidupan semasa,� katanya.
Program itu bakal disiarkan selama setengah jam bermula 26 Januari ini pada setiap Sabtu pukul 11 pagi.
Sebuah lagi program terbaharu TV9 untuk tahun ini iaitu Hijab Stailista juga bakal ditayangkan bermula tarikh yang sama pada pukul 11.30 pagi.
Manakala program Safiyya yang memasuki tahun ketiga disiarkan bermula 13 Januari lalu pada setiap Ahad pukul 11 pagi.