Friday 23 November 2012

Kejutan untuk Farid Kamil Diana Mengandung Awal



Baru-baru ini Diana Danielle telah mendedahkan berita kehamilannya pada Isnin lalu. Berita ini mengejutkan suaminya iaitu Farid Kamil yang tidak menyangka kerana berasa terkejut dengan kehamilan Diana yang berlaku dalam tempoh kurang sebulan daripada tarikh pernikahan mereka.

�Saya tidak mendiamkan diri atau cuba mengelak daripada media selepas berita kehamilan itu didedahkan Diana kepada khalayak.

�Cuma saya menjadi tergamam kerana tidak sangka dia mengandung secepat itu. Saya tidak kecoh-kecoh sebab ia masih terlalu awal,� katanya.

Pasangan itu melangsungkan pernikahan pada 3 November lalu dalam sebuah upacara ringkas di Hotel Flamingo by The Lake, Ampang dekat sini.

Farid berkata, pada awalnya dia berasa keliru dengan berita itu dan mengambil pendekatan untuk menghadapinya dengan tenang.

�Saya ambil pendapat kawan-kawan dan orang-orang lebih berpengalaman apabila Diana memaklumkan dia hamil, di mana saya tidak mahu terlalu seronok dan teruja kerana ia masih terlalu awal.

�Apa sahaja boleh berlaku. Saya tidak mahu terlalu berharap cuma mendoakan yang terbaik sahaja,� katanya.

Ketika ditanya adakah dia sudah membawa Diana melakukan pemeriksaan susulan, Farid berkata, mereka tidak berbuat demikian kerana ia masih terlalu awal.

�Kami bernikah pun belum sampai sebulan. Masih terlalu awal rasanya untuk membuat pemeriksaan walaupun alat penguji kehamilan menunjukkan Diana mengandung.

�Buat masa ini biarlah dulu sebab kehamilan itu masih baru. Lagi pun kami sedang pening kepala dengan persiapan menjelang majlis resepsi pada 1 dan 12 Disember depan,� katanya.

sumber Mstar

Malaysia Vs Singapore 25 November 2012 - Live Streaming


Perlawanan Pertama dalam kumpulan B diantara Malaysia Lawan Singapore akan berlangsung pada pukul 8.45 malam di Stadium Bukit Jalil. Perlawanan ini akan bersiaran lansung di Astro ESPN dan TV1.


Live Streaming Malaysia vs Singapore 25 November 2012


LINK 1, LINK 2, LINK 3, LINK 4


Youtube Maharaja Lawak Mega Musim 2 Episod 2


Maharaja Lawak Mega Musim 2 Episod 2 sebentar tadi amatlah menarik dan ada perningkatan lawak pada setiap kumpulan yang bertanding.

Pada koz sebentar tadi persembahan paling mantap ditujukkan oleh kumpulan Jozan dan Jambu. Memang gempak giler lawak-lawak mereka.

Jom saksikan Video Youtube Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Pertama.

Maharaja Lawak Mega 2012 setiap Jumaat jam 10 Malam tayangan serentak di Astro Warna (132), Astro Mustika HD (134) dan Astro On-The-Go!

Youtube Maharaja Lawak Mega Musim 2 Episod 2

Kumpulan R2



Kumpulan Da Di Du



Kumpulan Jozan



Kumpulan Balas



Kumpulan PMai



Kumpulan Boboi



Kumpulan Bandung Joker



Kumpulan SayWho



Kumpulan Jambu



Kumpulan Shiro



Kumpulan Sabon


15 orang yang dikehendaki Polis


Dalam 15 individu yang dicari Seorang wanita antara yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kes samun bersenjata dan pecah rumah sekitar Timur Laut sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, identiti mereka diperoleh selepas pihaknya menjalankan siasatan ke atas 12 laporan kes samun dan pecah rumah di lapan kawasan di sekitar Pulau Pinang.

�Jumlah kerugian dianggarkan mencecah RM300,000. Kesemua individu yang dicari itu berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun,� katanya pada sidang akhbar di sini.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kesemua individu tersebut menghubungi polis Timur Laut di talian 04-228 2222 bagi membantu siasatan.

Nenek diugut Cucu dengan Sabit



Seorang penganggur yang mengugut mencederakan neneknya dengan sabit mendapat balasan apabila dia dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman terhadap Wan Muhamad Fakhriain Wan Mohd Azhar, 21, dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Dia didakwa mengugut Zainab Yaakub dengan sabit di sebuah rumah di Jalan Bayam di sini, jam 11 pagi, 19 November lalu.

Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku bersalah menyebabkan Majistret Muhamad Hafiz Mohd Noor memutuskan hukuman itu dan berkuat kuasa daripada tarikh dia ditahan.

Sebelum itu, Wan Muhamad Fakhriain pergi ke tempat kerja ibunya dan mengamuk di sana sebelum disuruh pulang tetapi mengamuk pula di rumah serta cuba mencederakan Zainab dengan sabit.

Zainab yang takut dengan perlakuan agresif cucunya itu bertindak melaporkan kepada polis. Tertuduh ditahan hari sama. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nabilah Nizam.

Rezeki Fasha Sandha makin bertambah semasa mengandung



Kehadiran bayi sulung yang dikandung Pelakon Fasha Sandha sepanjang empat bulan setengah memberikan tuah dan rezeki buatnya dan keluarga.
Anak Di Kandungan Beri Tuah Buat Fasha Sandha.
Walaupun Fasha Sandha sudah berehat daripada sebarang aktiviti lakonan, namun dia mendapat tawaran untuk menjadi duta kepada dua produk iaitu kecantikan dan barangan bayi.

"Alhamdulillah, anak ini memberikan tuah kepada kami sekeluarga. Ada sahaja rezeki yang datang. Contohnya, saya sudah ditawarkan untuk menjadi duta kepada dua produk selepas bersalin nanti.

"Malah, setiap perkara yang dilakukan mesti menjadi lebih mudah dan orang selalu mendahulukan saya daripada pelbagai segi apabila berada di luar," katanya.

Tuah ini juga turut dikongsi oleh suaminya Rizal Ashram Ramli atau Jejai yang mendapat tempat kedua dalam kejohanan Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia yang berlangsung pada 15 dan 16 November lalu.

"Ini merupakan kemenangan yang bermakna sejak mendapat tempat ketiga pada tahun 2004 dan saya percaya kejayaannya itu dek kerana rezeki anak yang dikandungkan ini.

"Selain itu, anak ini juga telah merapatkan hubungan silaturahim antara kedua-dua belah keluarga. Alhamdulillah," tuturnya yang enggan mendedahkan jantina anak itu.

Sementara itu, Fasha berkata, selepas bersalin nanti, dia akan menjalani tempoh berpantang selama 100 hari.

Dia juga percaya penjagaan yang rapi selepas bersalin amatlah penting untuk mendapatkan tubuh badan asal.

"Saya lebih senang mengikut cara tradisional dalam berpantang, risau juga kalau berat badan naik," ujarnya.

Sumber Mstar