Tuesday 15 January 2013

Gambar Penjara Paling Mewah Di Dunia

Penjara Halden di Norway dianggap penjara paling mewah di dunia kerana ia dilengkapi bilik air dan tingkap tanpa jeriji besi serta mempunyai lukisan bernilai AS$1.4 juta (RM4.4 juta).

Pembinaan penjara bernilai AS$ 22.2 juta (RM71.1 juta) itu mengambil masa 10 tahun untuk dibina dan digambarkan sebagai penjara paling berperikemanusiaan di dunia untuk 252 penghuninya. Arkitek penjara itu, Hans Henrik Hoilund mengakui penjara itu turut dihuni oleh banduan yang paling berbahaya di Norway.

Menurut beberapa pegawai penjara itu, setiap penghuni disediakan sebuah bilik persendirian lengkap dengan peti sejuk mini, televisyen skrin rata, sebuah bilik air mewah dan tingkap tanpa jeriji besi. Penjara itu mengandungi trek joging di kawasan hutan berdekatan dan sebuah rumah dua bilik tidur yang disediakan untuk banduan melayan keluarga yang melawat mereka..

 
 
 
 
 
 

Gambar Awan Seram Di Langit

Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Ianya kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit. Pelbagai bentuk yang aneh boleh dihasilkan oleh awan. Jom kita lihat antara awan-awan yang seram dan aneh pernah dijumpai. Jom lihat gambar pelik ni!

 
 
 
 
 

ingin tengok koleksi awan nano paling best, klik sini

Kepandaian Budak 3 Tahun Setaraf Dengan Bill Gates

Mungkin ini fenomena biasa di abad ini tetapi kadangkala tidak terjangkau difikiran kita bahawa kanak-kanak yang baru berusia 3 tahun sudah memiliki tahap IQ yang luar biasa. Cerita terbaru berlaku kepada seorang kanak-kanak berusia 3 tahun Karina Oakley, yang memiliki kebijaksanaan luar biasa dengan tahap IQ 160. Bahkan, tahap IQ kanak-kanak ini dikatakan setanding dengan seorang saintis cacat saraf terkenal, Stephen Hawking dan jutawan firma gergasi komputer dunia Microsoft, Bill Gates.

Menyedari kebolehan itu, ibu Karina, Charlotte Fraser mengambil keputusan membawanya berjumpa pakar psikologi pendidikan, Prof. Joan Freeman untuk diuji tahap IQ selepas menonton rancangan televisyen mengenai budak genius.

"Karina nyata seorang yang bijak dan mampu bercakap dengan baik selain cepat memahami apa yang diajarkan," jelas Freeman. Katrina juga mengambil ujian IQ selama 45 minit.

Dia diarah menghabiskan cabaran dalam bentuk ingatan dan kebolehan lisan mengendalikan pensil, nombor serta bentuk. Karina nyata ada kebolehan dengan perkataan imaginasi yang tinggi selain penyayang, bertanggungjawab serta peramah.


Live Streaming Kelantan Vs Johor Darul Takzim 15 Januari 2013


Kelantan vs Johor Darul Takzim 15 Januari 2013- Perlawanan tumpuan malam ini antara dua pasukan ini akan dibawa Live di sini.
Keputusan Perlawanan Kelantan 1 - 1 Johor Darul Takzim

Liga Super: Selangor 2, Terengganu 1


Liga Super 2013
Liga Super 2013
BERIKUT keputusan Liga Super yang berlangsung petang tadi. Empat perlawanan berlangsung malam ini.
Terengganu (1) - Selangor (2)
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Perak lwn Felda United
Stadium TLDM, Perak
8.45 malam
Pahang lwn Negeri Sembilan
Stadium Darul Makmur
8.45 malam
ATM lwn T-Team
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
8.45 malam
Kelantan lwn Darul Takzim FC
Stadium Sultan Muhammad IV
8.45 malam
PKNS lwn Lions XII 
Stadium Shah Alam
8.45 malam

Gambar Emma Maembong Bertudung Hitam

Gambar terkini Emma Maembong yang bertudung hitam cantik , manis dan ayu sekali. Bila di lihat pasti menjadi kegilaan Boni Kacak ramai lelaki diluar sana, Betul tak?hihihi