Monday 3 December 2012

Hot! Zizan Razak abaikan Peminat?



Zizan Razak telah menegaskan bahawa dia tidak pernah mengabaikan peminat-peminatnya walaupun dia tidak menganjurkan sebarang kepada mereka yang sentiasa menyokongnya.

Zizan memberitahu sudah beberapa kali dia merancang untuk berbuat demikian seperti artis-artis lain yang menghargai peminat-peminat mereka, namun masalah kekangan masa membuatkan perancangan itu tidak menjadi.

"Bukannya tak terfikir, tetapi setiap kali merancang nak buat majlis untuk peminat-peminat mesti tak jadi kerana sibuk dengan kerja.

"Walaupun saya bukan seperti artis-artis lain yang sentiasa meraikan peminat, tetapi mereka tetap di hati dan sedikit pun tidak pernah mengabaikan mereka yang begitu setia dengan saya.

"Bagaimanapun sebagai pulangannya, saya akan memastikan persembahan yang diberikan adalah yang terbaik dan itu adalah antara cara saya membuatkan para peminat gembira dan berpuas hati," katanya.

Tambah Zizan, walaubagaimanapun, dia tetap akan menganjurkan sebuah majlis khusus buat para peminatnya apabila mempunyai masa terluang nanti.

Kate Middleton Hamil


Kabar ini pasti menggembirakan rakyat Britian dan juga peminat Kate Middleton dimana Kate Middleton telah hamil 8 minggu . Kate Middleton dikatakan telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami �morning sickness�. 

Kate dijangka akan tinggal beberapa hari lagi di hospital untuk memantau perkembangan dirinya dan memastikan kesihatan beliau berada di dalam keadaan terbaik.



Hot! Kes Khalwat Beego


Kes Khalwat Beego Ditangguh Tahun Hadapan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur yang telah mengarahkan Peguam bela Fakhrul Azman Abu Hasan supaya menyelesaikan hal-hal berkaitan dokumentasi mengenai kes khalwat pelakon Beego bersama dua rakan lelakinya di luar mahkamah sebelum perbicaraan bermula.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin berkata demikian selepas Fakhrul membuat permohonan supaya pihak pendakwa syarie iaitu Tuan Sarawaheda Tuan Dir membekalkan kepadanya laporan polis dan dokumen berkaitan untuk menyokong penghujahannya di mahkamah.

"Sepatutnya hal-hal berkaitan dokumen yang tidak melibatkan kebenaran mahkamah syariah diselesaikan terlebih dahulu sebelum memulakan perbicaraan.

"Hal ini perlu diberi perhatian oleh kedua-dua belah pihak supaya tidak membuang masa dan kes dapat diselesaikan dengan segera," jelasnya.

Hot! Mizz Nina Dirompak



Penyanyi Mizz Nina dikatakan dirompak semalam apabila tingkap kereta yang dipandunya telah dipecahkan oleh individu yang tidak dikenali di Ampang Jaya.

Situasi ini berlakau semasa Mizz Nina berhenti di persimpangan lampu isyarat tempat kejadian sebelum dirompak. ANtara barangan yang dirompak adalah beg tangan miliknya yang diletakkan di tempat duduk sebelah pemandu.