Saturday 13 October 2012

Gambar Hot! Yana Samsudin terkena sihir


Baru-baru ini Yana samsudin telah memenangi kategori Anugerah Heroin Terhebat di Anugerah Blokbuster menerusi filem Bini-Biniku Gangster. Tahniah diucapkan kepada kak yong kita ini.

Kini Yana akan muncul dalam filem seram iaitu Minyak Dagu. Di dalam filem ini, Yana memegang watak sebagai Emelda iaitu tunang kepada Azam yang di lakon oleh Fezrul Khan. Akan tetapi perhubungan mereka terputus dan kemudian Emelda bernikah dengan Johan Lakonan oleh Fizo Omar.

Diatas pernikahan mereka, Azam mula berdendam dengan Emelda sehingga menyihirkannya dengan minyak dagu. Macam-macam perkara aneh terjadi selepas itu...Nak tahu lebih lanjut, tunggu kemunculan filem Minyak Dagu ini dipenghujung tahun ini.




sumber MIG

Sinopsis dan Promo Strawberi Cinta


Strawberi Cinta yang mengisahkan tentang Ichigo (Yana Samsudin) yang datang ke Malaysia dari Jepun untuk mencari sesuatu. Di Malaysia, Ichigo bertemu dengan Hakimi (Pierre Andre) seorang pemandu pelancong. Dapatkah Ichigo bertemu dengan apa yang dicari? Jangan lupa saksikan Strawberi Cinta di pawagam 6 Disember ini.

Trailer Strawberi Cinta

Scene Strawberi Cinta







Lisa surihani dan yusri teruja layan peminat

Pada awal kerjaya, Lisa Surihani mula menceburkan diri dalam bidang seni sejak berumur 11 tahun sebagai model iklan.

Selepas itu, secara perlahan-lahan dia mula mengacara dan kini Lisa Surihani sudah pun bergelar seorang pelakon filem yang hebat.

Walaupun telah menamatkan zaman bujang bersama pasangan Yusry Abdul Halim, populariti Lisa Surihani semakin meningkat.

Baru-baru ini, .com ke Hotel Royale Bintang di ibu negara untuk bertemu dengan pasangan bahagia itu. Mereka berdua turut meraikan 10 peminat bertuah yang terpilih untuk acara makan malam bersama mereka di BBQ Pegola Pool Side.

Sepanjang majlis itu yang berlangsung secara santai, Lisa dilihat cukup gembira melayan kerenah setiap peminatnya yang tak pernah putus-putus menyokong kerjaya seni mereka.

Aura yang dimiliki Lisa dan Yusry cukup hebat. Biarpun Lisa kini bergelar seorang isteri, namun itu tidak menghalang pengikutnya untuk terus setia meminatinya.

Maka tak hairanlah mengapa pengikut Lisa semakin bertambah di laman sosial Facebook dan Twitter.

Hal ini membuktikan yang Lisa masih berjaya mengekalkan status sebagai seorang pelakon paling digemari ramai.

Menurut pihak penganjur, beribu-ribu borang penyertaan telah dihantar oleh para peminat Lisa dan Yusry dari seluruh negara.

Bagi peminat yang terpilih, peluang untuk bertemu Lisa dan Yusry tidak disia-siakan kerana sepanjang majlis itu, peminat cukup teruja bertemu dengannya, lebih-lebih lagi layanan yang diberikan pasangan romantis itu cukup baik sebagai tanda terima kasih atas sokongan peminat yang sanggup datang dari seluruh Malaysia. - SYAHRIL/JEFFRI IRAN


Tom Hanks berlakon Broadway


PELAKON yang terkenal menerusi filem Forrest Gump, Tom Hanks bakal memulakan pembabitannya dalam pementasan teater Broadway yang sememangnya sinonim dengan kota New York, Amerika Syarikat.

Bintang Hollywood hebat itu akan muncul buat pertama kali dalam pementasan broadway berjudul Lucky Guy yang diinspirasikan daripada pementasan Nora Ephron sebelum ini yang berkisarkan skandal serta rasuah yang terjadi dalam bidang tabloid pada tahun 80-an.

Hanks, 56,  akan memegang watak sebagai kolumnis tabloid iaitu Mike McAlary yang merupakan pemenang Anugerah Pulitzer yang mencapai kegemilangan dalam kariernya sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1998.

Walaupun ini merupakan pertama kali Hanks berlakon dalam pentas Broadway, dia tidak kekok dengan kerja-kerja produksi teater kerana sebelum kerjaya pelakonnya bermula, Hanks pernah terlibat sebagai krew produksi  dalam pelbagai pementasan antaranya seperti Taming of the Shrew di Cleveland dan Festival Ohio�s  Great Lakes Shakespeare.

Pementasan itu bakal diarahkan oleh George C. Wolfe, Lucky Guy akan dipentaskan mulai 1 Mac depan.

sumber sinar

Kim Jang Hoon cuba membunuh diri kerana PSY


Bunuh diri kerana Psy-AKIBAT tekanan perasaan, Kim Jang Hoon cuba membunuh diri dengan mengambil ubat secara berlebihan.

Masih mendapatkan rawatan di hospital, Jang Hoon melahirkan hasrat untuk meninggalkan Korea secepat mungkin.

"Saya akan meninggalkan Korea dengan segera setelah sembuh nanti dan juga berharap agar saya boleh mencari kehidupan yang lebih tenang di luar Korea," katanya.

Jang Hoon pernah mencetuskan kontroversi apabila menuduh Psy mencuri konsep idea tariannya, The Horse Riding Dance, kerana sebelum ini mereka bersahabat baik dan pernah mengadakan konsert bersama pada 2009.

Sebelum insiden ini berlaku, PSY pernah mengaku dia banyak belajar mengenai muzik dan tarian daripada Jang Hoon.

sumber sinar

Ika Nabila sukar lakonkan watak romantik


PELAKON yang sedang meningkat naik, Ika Nabila, mengakui sukar melakonkan babak romantik bersama aktor Syazwan Zulkifli menerusi drama Darjat.

"Kami perlu bercinta menerusi drama ini, bayangkan sebagai kawan baik, memang tiada perasaan cinta pada dia.

"Jadi, saya perlu pupuk dan asah perasaan tersebut dalam drama ini. Lebih sukar apabila melihat dia saya mula berasa janggal dan terpaksa melawan semua itu," kata bekas bintang Akademi Fantasia musim keenam ini.

Ditayangkan menerusi Slot Azalea, setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.00 petang di TV3, drama 20 episod arahan Jet Lee ini turut dibintangi Talha Harith.

Membawa watak gadis yang lemah lembut, Ika yang ditemui ketika majlis sidang media pelancaran drama itu di Sri Pentas, berkata, ia juga memberikan cabaran yang besar untuknya.

"Memang agak sukar melakonkannya memandangkan saya bukanlah gadis yang begitu, malah jauh lebih lasak dan kasar.

"Bagaimana pun  atas tunjuk ajar pengarah saya akhirnya dapat membawakan watak itu," ujarnya.

Selain sibuk memberikan perhatian kepada bidang lakonan, Ika memberitahu dia tidak pernah melupakan bidang nyanyian.

Jelasnya, dia masih mendapat undangan mengadakan persembahan dan menjayakan konsert.

"Bila saya menyanyi, ramai yang tidak perasan kehadiran saya dalam bidang ini. Sangka mereka, saya hanya seorang pelakon.

"Saya akui rezeki memang lebih cerah dalam  bidang lakonan, pun begitu, saya masih aktif menyanyi sehingga ke hari ini," kata pelantun lagu Tiada Rasa ini.

Berkongsi perkembangan terbarunya, Ika berkata, dia kini dalam proses mencari material bagi single terbaru.

"Pada masa yang sama saya juga sedang mempertimbangkan tawaran untuk menjadi penyampai radio di sebuah stesen radio tempatan, bagaimana pun keputusannya masih belum dibuat," katanya bakal muncul dengan filem terbaru berjudul Tanda Putera yang akan ditayangkan November ini.

sumbner sinar

Video awek comel tidak sedar dirakam


Sangat comel awek manis ini bila berada di depan camera, tapi memang kesianlah sebab dia sendiri tidak sedar yang dirinya sedang dirakam semasa syok melihat dirinya berada di depan camera.

Kebiasaan bila berada di kedai menjual latop pasti pemilik kedainya menyediakan camera cam untuk mempromosikan latop yang dijual. Apa-apa pun bagi awek-awek diluar sana hati-hati ya, jangan biarkan diri anda menjadi sasaran berikutnya.

Hot! Memey tidak mahu bermadu


Walaupun sudah merasa bahagia dengan hubungannya yang sudah berbaik dengan pelakon wanita Abby Abadi, isteri kepada Norman Hakim, Memey Suhaiza meluahkan rasa dia tidak mahu bermadu dengan perempuan lain.

Sebelum ini, umum mengetahui hubungan antara Abby dan Memey tidak begitu baik berikutan Norman ditangkap khalwat dengannya hingga membawa kepada perceraian antara Abby dan Norman.

Pun begitu, kuasa Tuhan, hubungan Memey dan Abby kembali jernih pada Ramadhan lalu.

Memey memberitahu, dia bersyukur kerana dianugerahi nikmat bahagia selepas beberapa tahun tidak bersua muka dengan Abby.

�Alhamdulillah, saya bersyukur kerana hubungan dengan Kak Abby sudah kembali pulih.

�Sebenarnya, orang tidak tahu antara Abang Norman dan Kak Abby masing-masing sudah berbaik dan tidak bermusuh. Cuma hubungan saya dan Kak Abby kini sudah baik,� kata Memey yang dipetik dari majalah Mingguan Wanita, terbitan bulan ini.

Disebabkan ramai yang melihatkan mereka sudah mampu untuk menjadi kawan, ramai peminat yang menyuarakan pendapat supaya Norman dan Abby rujuk semula.

Namun, Memey enggan berfikir perkara-perkara yang negatif hingga boleh mengganggu kesihatan dan fikirannya.

Jujur Memey meluahkan hasrat hatinya, dia tidak mahu hidup bermadu seperti yang disarankan orang ramai kerana sudah bahagia dengan kehidupan bersama Norman.

�Saya sendiri tidak mahu memberatkan fikiran dengan benda-benda negatif. Tidak dinafikan ada yang menasihati supaya saya berwaspada, tetapi saya tahu siapa abang dan juga Kak Abby. Saya tidak mahu kata-kata orang membuatkan hubungan kami kembali keruh.

�Apabila melihat hubungan baik antara abang dan Kak Abby, saya bersyukur dan lebih gembira bila mana hubungan antara kami juga sudah pulih. Saya juga tidak mahu bermadu kerana apa yang saya lalui kini cukup membahagiakan saya,� katanya.