Monday 14 January 2013

Nabila Luangkan Masa Bercuti, Enggan Ada Komitmen


Nabila bersama anaknya Keisha. Foto; Rohaizat Md Darus
KUALA LUMPUR: Pelakon Nabila Huda mengakui statusnya sebagai ibu tunggal memudahkan dia mencari ruang masa untuk melakukan aktiviti kegemarannya seperti bercuti ke luar negara.
Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 29, berkata, dia mula aktif dalam aktiviti tersebut sejak tahun lalu dan pernah menjelajah ke beberapa tempat antaranya Lombok, Indonesia, Afrika, Pulau Boracay, Filipina, Rom, Itali serta beberapa lokasi lain.
"Sebenarnya memang daripada dulu lagi saya suka bercuti dan mengenali masyarakat negara yang dikunjungi itu.
"Untuk kelainan, saya lebih gemar bercuti di tempat-tempat yang jarang dikunjungi oleh orang Asia dan rasanya saya mula kembali ligat bercuti sejak awal tahun lalu.
"Keadaan saya yang berstatus �solo� ini juga memudahkan saya untuk bergerak ke mana-mana tanpa perlu memikirkan perasaan orang lain. Ya lah, apabila sudah ada teman istimewa, semestinya banyak perkara yang perlu dijaga agar tiada hati yang terluka," katanya.
Tambah Nabila, buat masa ini dia enggan memikirkan sebarang perhubungan yang memerlukan komitmen tetapi hanya ingin fokus kepada kerjaya lakonan, anaknya yang bernama Keisha Laila selain merancang beberapa lokasi percutian unik pada tahun ini.
Sementara itu, Nabila telah diberi kepercayaan daripada pereka fesyen terkenal Alia Bustamam bagi memperagakan pakaian rekaan terbarunya.
"Saya sukakan sesi fotografi dan sekarang ini saya semakin mendekati dunia fesyen.
"Rasa seronok sangat apabila Alia Bustamam meminta saya memperagakan koleksi baju-baju rekaannya," ujar Nabila.
Dalam perkembangan lain, lakonan Nabila dapat ditonton menerusi drama Janji Shirahyang akan di siarkan setiap Ahad (bermula Ahad lalu), pukul 9 malam di TV3.
Drama 13 episod itu mengisahkan seorang penuntut kolej bernama Shirah (Nabila) mempunyai seorang teman lelaki bernama Luqman (Airiel Zafril) di mana lelaki itu turut menjadi idaman teman baiknya, Mira.
Kakak Shirah meninggal dunia akibat penyakit barah otak dan dia dibebani tanggungjawab menyara tiga anak buahnya.
Selain Nabila dan Airel turut membintanginya ialah Iqram Dinzley, Ako Mustafa, fauzi Nawawi, Zarina Zainordin, Arfah Damanhuri dan Sherry Merlis.

sumber: Mstar

Gabungan Dua Ibu Untuk Nama Anak Azad & Eira Syazira


Azad dan Eira belum bersedia berkongsi gambar anak perempuan mereka untuk tatapan umum.
PETALING JAYA: Pelakon Azad Jazmin mendedahkan dia mendapat ilham untuk menamakan anak perempuannya Amarra Sofea Rose bersempena mengambil pangkal nama ibunya dan ibu mertuanya.
Azad atau nama sebenarnya Azad Jazmin John Louis Jeffri, 37, berkata, nama Rose pada bayi perempuan yang dilahirkan isterinya pelakon Eira Syazira pada 11 Januari lalu itu diinspirasikan daripada nama ibunya, Roshidah dan ibu Eira iaitu Rohani.
�Nama Sofea Rose sudah lama saya pilih. Hanya perkataan Amarra yang kami tambah baru-baru ini.
�Sejak Eira mengandung, hubungan saya dengan kedua-dua ibu bertambah rapat. Secara kebetulan, pangkal nama ibu saya dan ibu mertua bermula dengan perkataan �Ro�.
�Saya pilih nama Rose sebagai tanda penghargaan buat mereka,� katanya.
Eira selamat melahirkan bayi seberat 4.2 kilogram itu menerusi pembedahan �Caesarean� pada kira-kira pukul 8.50 pagi di hospital Columbia Asia, Puchong, 11 Januari lalu.
Aktor filem Apa Celop Toqq.. itu berkata, dia masih berasa pelik untuk menyesuaikan diri dengan pengalaman baharu sebagai bapa.
�Saya masih pelik dan terpinga-pinga sebab tidak pernah alami pengalaman ini. Susah hendak terangkan tetapi siapa yang sudah bergelar bapa akan tahu perasaan saya sekarang.
�Bayangkan, kegembiraan yang luar biasa ini menyebabkan saya menitiskan air mata tanpa disedari setiap kali melihat wajah anak.
�Eira pun saya lihat terlalu susah hendak berenggang dengan anak kami,� katanya yang masih belum bersedia berkongsi gambar puteri sulung mereka untuk tatapan umum.
Azad berkata, bayi berkulit cerah yang mempunyai fizikal yang tinggi itu berada dalam keadaan sihat dan tidak banyak ragam.
�Walaupun isteri dan anak baru dibenarkan keluar dari hospital pada hari ini (Isnin) kerana keadaan Eira lemah akibat pembedahan, saya bersyukur kedua-duanya sihat dan selamat.
�Anak saya sudah pandai membuka matanya dan dia tidak banyak kerenah atau kuat menangis,� katanya.
Terbaharu, Azad sedang terlibat dalam penggambaran filem Sejoli arahan Osman Ali di samping Maya Karin, Bront Palarae, Remy Ishak, Izara Aishah dan Dira Abu Zahar.
�Kebetulan sekarang saya memang tiada babak untuk Sejoli dan akan sambung penggambaran pada esok (Rabu).
�Saya akan bekerja seperti biasa kerana Eira berpantang di rumah ibunya,� katanya yang turut mengacarakan program Mimpi Ke Bintang untuk TV2.
Azad dan Eira bernikah pada 16 September 2011 di kediaman keluarga aktres itu di Putrajaya.

sumber: Mstar

Cincin Tersekat Di Kemaluan Lelaki


Seorang lelaki di China terpaksa mendapatkan rawatan di hospital apabila cincin miliknya tersekat di kemaluannya (penis). Lelaki cina itu dirujuk ke hospital dalam keadaan dua cincin emas miliknya tersangkut pada zakar.

Keadaan itu berpunca daripada kebimbangan lelaki itu kerana takut dua cincin emas miliknya dicuri dalam perjalanan pulang dari sambutan Tahun Baru Cina. Dia cuba menyembunyikan cincin di jarinya dengan menyarungkannya pada zakar kerana merasa ia adalah tempat simpanan paling selamat.

Ketika dia sampai di Changde wilayah di Hunan, dia cuba untuk membuka cincin itu dari zakarnya tetapi gagal. Dia kemudian meminta bantuan daripada orang ramai, yang kemudiannya memanggil bomba. Anggota bomba kemudian merujuk lelaki itu ke hospital di mana doktor berjaya mengeluarkan cincin itu dari zakarnya dengan memotong cincin itu menggunakan plier sejam kemudian.

SUMBER

Akibat putus tunang wanita seksi ini tiduri 200 lelaki rakan internetnya


Kebanyakan wanita melayari Internet untuk mencari pakaian, kasut atau tawaran diskaun apabila putus cinta namun berlainan pula dengan seorang pengurus kelab malam ini, Louise Grant, 25, menggunakannya untuk mencari teman tidur.

Grant berkata, sehingga kini dia sudah meniduri 200 lelaki yang ditemui di Internet atau secara purata seorang lelaki setiap lima hari. Katanya, pada satu ketika dia pernah melakukan hubungan seks dengan tiga lelaki dalam hari yang sama.

Gadis yang berasal dari Manchester tersebut mula menggunakan Internet untuk seks selepas putus tunang dengan kekasihnya tiga tahun lalu. Dia yang berasa kesunyian kemudian menggunakan laman webFacebook dan hari berikutnya Grant keluar bersama lelaki pertama diikuti dengan hubungan seks.

SUMBER

Video Tentera Assad Zalimi Remaja Hingga Mati


Video ini memaparkan detik-detik di mana seorang remaja telah dizalimi sehingga mati oleh Tentera Assad Zalimi. Di nasihat kepada anda yang lemah semangat supaya tidak mengambil langkah untuk menonton video kejam ini.