Wednesday 24 October 2012

Hot! Tasha Shilla berasa jelak dan bosan


Kenapa Perlu Dengki Dengan Saya?- Tasha Shilla.

Pelakon kontroversi Tasha Shilla semakin jelak dan bosan untuk menghadapi gosip remeh-temeh mengenai dirinya yang silih berganti dan sering diperkatakan.

Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 25, berkata, perasaan itu semakin memuncak apabila dia sekali lagi dikaitkan dengan dakwaan mengarut apabila dituduh memakai pakaian yang mempunyai lambang salib rekaan Hazwani Osman pada pelancaran sebuah anugerah, baru-baru ini.

�Memang saya mengambil pendekatan untuk berdiam diri daripada melenting tetapi pada masa yang sama saya juga berasa jelak dan bosan kerana terus dikaitkan dengan gosip remeh-temeh dan tidak berasas.

�Padahal, sepanjang menceburi bidang seni sejak dua tahun lalu, saya tidak pernah kacau orang. Mungkin tuduhan itu timbul kerana perasaan iri hati atau salah faham oleh segelintir pihak,� katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Rabu.

Kata Tasha, dia sendiri bingung dan tidak pasti mengapa perasaan dengki dan tidak puas hati harus wujud di kalangan segelintir pihak terhadap dirinya.

�Kenapa perlu dengki dengan saya? Mungkin sudah resam masyarakat kita yang mudah iri hati dan cemburu dengan kejayaan orang lain walaupun saya tidak mengganggu mereka.

�Saya pelik kenapa orang masih tuduh saya wanita yang liar dan jahat kerana cerita-cerita yang belum tentu kesahihannya?� luahnya dalam nada terkilan.

Justeru itu, aktres yang berasal dari Kuala Lumpur ini berkata, dia perlu bekerja keras bagi mengimbangi kontroversi yang bertandang agar khalayak umum dapat melihat kesungguhan dan komitmennya menceburi bidang seni.

�Apabila pelbagai kontroversi terus melanda, saya tiada pilihan melainkan bekerja dengan lebih keras dan fokus pada lakonan bagi mengimbangi cerita-cerita negatif yang timbul.

�Jika saya sendiri pun jelak dengan gosip-gosip itu, tidak mustahil peminat turut merasainya. Keadaan itu yang paling membimbangkan jika orang terus melihat saya sebagai lambang kontroversi berbanding kisah kerjaya,� katanya.

Dalam perkembangan lain, Tasha baru sahaja dilantik sebagai wajah kepada kempen �I Love Malaysian Designers� anjuran Brew & Skittles untuk tempoh dua tahun.

�Saya bertindak sebagai wajah atau duta kempen ini bagi merancakkan lagi kehadiran lebih ramai pereka-pereka baru tanah air dan mempromosikan nama mereka.

�Sepanjang tempoh itu, saya boleh memakai mana-mana pakaian mereka untuk sebarang acara, fotografi atau penggambaran mengikut kesesuaian,� hurainya.

Tasha baru sahaja menamatkan penggambaran telefilem berjudul Ramadan Jangan Ambil Nyawaku untuk ditayangkan di RTM pada Ramadan tahun depan.

Selepas itu, dia bakal memasuki set penggambaran drama bersiri 28 episod iaitu Cinta Bertamu Di Abu Dhabi untuk slot Akasia di TV3.

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Gemilang ini dihujani kontroversi seawal tahun pertama pembabitannya dalam bidang lakonan antaranya dakwaan �dibela� VIP dan gemar bersosial di kelab malam.

sumber Mstar

Guru ditetak parang dua lelaki bertopeng

Guru ditetak dengan parang di Besut.

 Seorang guru lelaki cedera ditetak dengan parang oleh dua orang lelaki bertopeng di hadapan Maktab Perguruan Sultan Mizan di Besut petang semalam.

Akibat tetakan itu mangsa yang berumur 35 tahun dan berasal dari Jalan Semarak, Besut cedera di belakang badan, tangan kanan dan kaki kiri. 
Pihak polis yang tidak menolak kes itu berlaku akibat dendam telah mengenal pasti salah seorang suspek. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K.Manoharan berkata kejadian berlaku kira-kira 6.20 petang yang pada mulanya guru berkenaan yang mengajar di sebuah Sekolah Kebangsaan telah menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang ingin menemuinya.


"Sebaik mangsa dan adiknya sampai di tempat kejadian, mereka telah didatangi dua buah kereta bercermin gelap sebelum dua lelaki bertopeng keluar dari kereta itu dan terus menetak mangsa dengan parang.


Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Besut oleh adiknya. 

Selain bertugas sebagai guru, mangsa yang masih bujang turut menjalankan perniagaan menjual barangan kosmetik. 

Manoharan berkata pihak polis telah mengenal pasti suspek dan gerakan sedang dilakukan bagi memburu seorang kontraktor bagi membantu siasatan. 

"Kita sedang mengesan seorang kontraktor yang bernama Che Wan Sharmizie Che Wan Mat yang berusia 29 tahun dan berasal dari Kampung Baru Bukit Tumbuh, Besut. 

"Kita telah membuat serbuan di rumah suspek, namun gagal mengesan suspek dan dipercayai suspek telah melarikan diri," katanya. 

Beliau berkata mangsa kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan dan keadaannya dilaporkan stabil. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata. - Bernama

Live Streaming Arsenal Vs Schalke 04 25 Oktober


Pagi nanti akan bermula satu perlawanan UEFA Champions League diantara Arsenal vs Schalke 04. Perlawanan dijangka akan bermula pada pukul 2.45 pagi.

Live Streaming Arsenal vs Schalke 04 25 oktober
Sebelum menonton PANGKAH semua iklan dahulu.



Siaran Lain Pilih Di Bawah

Keputusan Perlawanan Harimau Muda A vs Geylang United 24 Oktober


Selepas kejayaan Harimua muda dalam Memenangi Piala Newspaper 2012, Harimau muda tampil garang setelah mengalahkan Geylang United dengan kesudahan Harimau Muda 3-1 Geylang United.

Hasil jaringan Harimau muda adalah dari sentuhan Irfan Fazail pada awal minit ke-16. Kemudian sambung separuh masa kedua Gary Robbart menjauhkan lagi kedudukan Harimau muda dengan jaringan gol minit ke-57 dan minit yang ke-82 Wan Zack Haikal menambah lagi jaringan untuk Harimau muda.

 Minit terakhir pasukan Geylang United dapat menjaringkan gol saguhati dari hasil jaringan Jozef Kaplan.

Keputusan perlawanan Harimau Muda A vs Geylang United 24 Oktober

Harimau Muda 3-1 Geylang United

Harimau Muda minit 16 (Irfan Fazail)
Harimau Muda minit 57 (Gary Robbart)
Harimau Muda minit 82 (Wan Zack Haikal)
Geylang United(Jozef Kaplan)

Hot! Restoran Amy Search Ditutup

Amy (Search) Tutup Restoran Selepas 4 Tahun.

 Selama 4 tahun Restoran milik Amy Search ini beroperasi tetapi khirnya terpaksa menutup Restoran Cheng Ho miliknya di Wangsa Maju dekat sini pada Selasa.

Menurut laporan Kosmo pada Rabu, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 53, berkata, restoran yang terkenal dengan masakan ala Cina itu terpaksa ditutup kerana pihak yang diberikan tanggungjawab untuk menguruskan perniagaan itu berdepan pelbagai masalah.

�Apa pun, saya tetap sedih kerana perniagaan ini sudah lama dijalankan tetapi akhirnya terpaksa ditutup,� katanya.

Restoran tersebut menyediakan masakan ala Cina kegemaran pelanggan antaranya ketam masak telur masin, udang bersalut mentega dan ikan siakap nyonya.

Menurut Amy, dia memulakan perniagaan tersebut empat tahun lalu dengan modal RM250,000. Bagaimanapun, pada Jun tahun lalu dia menyerahkan segala urusan perniagaan itu kepada seorang rakan tetapi ia berdepan masalah.

Amy berkata, dia bernasib baik kerana telah mempatenkan nama Restoran Cheng Ho sebelum ini.

Justeru, katanya, tiada pihak yang dibenarkan menggunakan nama tersebut.

Amy kini mencari pelabur baharu bagi mengusahakan kembali restoran itu atas jenama sama di lokasi lain yang sedang dikenalpasti.

Katanya, pihak yang berminat untuk menjalinkan kerjasama boleh menghantar e-mel di amysearch@gmail.com.

Pada 24 September 2008, seorang pelanggan Nik Zahir Nik Mohd Idris memfailkan saman terhadap penyanyi itu bagi pihak anaknya Nik Zakwan, 6, yang melecur pada bahagian belakang badan selepas terkena kuah tomyam akibat kecuaian pekerja restoran tersebut.

Penyanyi itu diperintahkan Mahkamah Sesyen Sivil di sini pada Mei 2010 untuk membayar ganti rugi sebanyak RM18,000 kepada keluarga Nik Zahir.

sumber Mstar

Video Muka Buku Lawak Versi Zizan Dan Najwa Latif


Jom layan lagu muka buku versi Zizan Dan Najwa Latif. Memang terbaik lawak zizan^^.
Versi Zizan Dan Najwa Latif, Gambar Versi Zizan Dan Najwa Latif, Video Versi Zizan Dan Najwa Latif, Video,