Saturday 27 October 2012

Gambar Hot! Almy Nadia dan Anak angkatnya



Inilah dia wajah anak angkat Almy Nadia yang bernama Nur Afrina Darwisya. Kehadiran Afrina yang dijaga Almy Nadia bermulai 27 April 2010 itu banyak memberikan kekuatan dan inspirasi dalam hidupnya.

�Apabila saya penat dan tertekan dengan nasib kerjaya yang tidak menentu kebelakangan ini, Afrina menjadi kekuatan dan inspirasi saya.

�Saya gembira dan bahagia membesarkan dia. Pendek kata, dia adalah segala-galanya dalam hidup saya,� katanya.

Almy merancang untuk mengadakan majlis sambutan hari lahir anaknya pada bulan depan bersama pihak media dan peminat.

�Sejak dia berada di bawah jagaan saya, Afrina tidak pernah diperkenalkan kepada khalayak. Mungkin sebab itu, timbul pelbagai cerita kurang enak mengenai kami.

�Insya-Allah, jika tiada aral saya mahu adakan majlis hari lahirnya pada bulan depan atau Disember nanti di Kuala Lumpur bagi memperkenalkannya kepada rakan media dan peminat,� katanya.

Anak ikan yu disambar helang masih hidup di padang golf



Seekor anak ikan yu yang masih hidup ditemui berada dekat lubang ke-12 di Kelab Golf San Juan Hills, selatan bandar raya ini pada Isnin lalu.

Anak ikan yu bintang yang sepanjang 60 sentimeter itu dipercayai disambar seekor burung helang laut di Lautan Pasifik dekat padang golf tersebut.

Burung helang itu kemudian melepaskan ikan tersebut semasa ia terbang melintasi padang golf berkenaan.
"Seorang petugas kami yang membuat rondaan mendapati terdapat sesuatu yang bergerak-gerak di atas rumput dekat lubang ke-12.

"Selepas melakukan siasatan, dia mendapati terdapat seekor ikan yu yang kecil. Dia kemudian membawa ikan tersebut dengan menggunakan kereta golf ke bangunan kelab," kata pengarah operasi kelab itu, Melissa McCormack kelmarin.

Menurutnya, terdapat tanda gigitan pada badan anak ikan itu sekali gus menyebabkan beberapa kakitangan kelab tersebut menganggap ia terjatuh dari paruh burung helang.

McCormack berkata, seorang kakitangan kelab golf kemudian membawa ikan tersebut untuk dilepaskan ke Lautan Pasifik di pantai Dana Point yang terletak lapan kilometer dari situ.

KoSmo