Friday 12 October 2012

Hot! Percintaan Bubu Dan Syahrini berakhir


HUBUNGAN penyanyi terkenal Indonesia, Syahrini dengan seorang ahli perniagaan Malaysia, Raja Mohammad Syazni Raja Mohamad Rashid dikatakan berakhir minggu lalu, selepas dua tahun menjalin cinta.

Syahrini atau nama sebenarnya Fatimah Syahrini Zailani, 30, yang berasal dari Sukabumi, Indonesia itu sebelum ini mengelak apabila media tempatan membangkitkan isu itu.

�Tidak ada, belum ada rencana,� jawab Syahrini ringkas sebelum mengakhiri perbualan ketika ditanya soal perancangan masa depan dengan kekasihnya, yang dikenali sebagai, Bubu.

Namun, semalam Syahrini membuat kenyataan di sebuah rancangan TV Indonesia mengesahkan status hubungan mereka sudah berakhir, namun masih berkawan dengan Bubu.

�Kami sudah sepakat mengakhiri hubungan ini, minggu lalu dan mengambil keputusan untuk menjalin hubungan sebagai teman biasa sahaja.

�Sudah dicuba hampir dua tahun kami bersama, perkara yang sama tetap menjadi masalah, saya pun berfikir negatif terus, energi (tenaga) juga menjadi buruk sehingga memberi kesan kepada pekerjaan,� katanya.

Mengakui masih sayang antara satu sama lain, namun hanya kini sekadar atas status berkawan.

Bubu dan keluarganya dikatakan tertekan dan tidak selesa apabila menjadi tumpuan media masa sejak hubungan mereka didedah kepada umum.

�Saya sudah jelaskan dengan keluarga di Malaysia dan dia (Bubu) bahawa jika satu hari diketahui media, akan jadi seperti ini akhirnya, dan itu terjadi hari ini (minggu lalu).

�Tiada perlu ada yang saya salahkan dalam hal ini. Saya sudah biasa, tetapi dia (Bubu) dan keluarganya tidak biasa. Kami berdepan dengan konflik yang besar di tengah jalan dengan ketidaksediaannya dia (Bubu) atas pemberitaan di media,� katanya.

Beberapa bulan lalu, gambar mesra Bubu bersama seorang wanita yang dipercayai bernama Virta Maladi tersebar di laman sosial.

Virta kemudiannya tampil membuat pengakuan yang menggemparkan apabila mengaku masih menjalin hubungan yang rapat dengan Bubu meskipun ketika itu Syahrini dan Bubu masih berhubungan.

�Kalau dia (Bubu) di Jakarta, dia pasti akan menghubungi saya. Saya cuma berharap hubungan kami akan baik-baik saja. Dibilang (dikata) teman, ya teman tetapi kalau dibilang (dikata) pacar (kekasih), ya macam mana ya� tidak tahu, bingung,� katanya ketika ditemu bual media Indonesia.

Meskipun menjalin hubungan tanpa status, Virta mengakui hubungannya dengan Bubu masih mesra sama seperti dulu.

Ketika diminta mengulas soal hubungan cinta Syahrini dan Bubu, Virta menyifatkan hubungan itu sudah tidak seperti dulu.

�Hubungan mereka sudah tidak semesra dulu, boleh dikatakan mungkin sedang �break�.

�Aneh saja, pacarnya (kekasihnya) saja tidak datang ketika sambutan ulang tahun dan lebaran (hari raya) juga dia tidak datang. Ya kalau ada pacar (kekasih) seperti itu, sabar saja,� katanya yang pernah bekerja sebagai penari.

Tambahnya, �saya saja yang bukan siapa-siapa masih sempat ditemui (Bubu) sebelum puasa.�

Virta mengaku pernah bergambar mesra dengan Bubu pada 13 April jam 3 pagi di sebuah vila milik Bubu.

Dia mengatakan menerima ajakan daripada Bubu untuk berpesta dari tengah malam hingga ke pagi.

Ketika dibangkitkan soal itu, Syahrini mengatakan bahawa Bubu hanya orang biasa yang berhak untuk berkawan dan bersosial dengan siapa sahaja.

�Dia bukan orang hiburan, dia hanya orang biasa. Jadi dia berhak untuk berkawan dan bersosial dengan siapa sahaja. Itu hak seseorang,� jelasnya.

Sebelum ini, Syahrini mendedahkan kekasihnya, Bubu awal Mei lalu dan mengakui sudah bertemu Bubu ketika sambutan tahun baru pada 2010.

Pasangan ini mula bercinta pada Februari 2011

Hot! Penjelasan Raja Ema isu buka tudung




Kata Raja Ema, isu bertudung itu agak sensitif dan sedikit sebanyak mengguris hatinya dan keluarga kerana ia terlalu diperbesarkan orang yang tidak tahu menahu cerita yang sebenar.

�Memang saya pernah bertudung sekejap dulu sebelum buka tudung ketika baru berkahwin dengan Sheqal dan anak-anak pun masih kecil ketika itu. Tapi, saya masih bertudung dan berpakaian menutup aurat apabila menghadiri majlis yang sesuai seperti kenduri kendara dan ke masjid.

�Terus terang, saya tak faham kenapa isu buka tudung pula yang digembar-gemburkan kerana saya sudah bertahun tidak bertudung cuma ramai orang yang tak tahu kerana saya sudah lama tidak aktif dalam bidang hiburan lagi,� katanya.

Walaubagaimana pun, menurut Raja Ema, dia tetap menyimpan hasrat untuk menutup aurat sepenuhnya apabila sampai masanya nanti.

�Bertudung bukanlah satu paksaan kerana kita perlu dengan rela hati untuk melaksanakan kewajipan itu.

�Saya tidak mahu sekadar bertudung saja tapi pakaian tetap mengikut bentuk badan, menjolok mata atau bertudung tapi masih mendedahkan sebahagian rambut,� katanya.

Turut ditanya tentang perubahan wajah beliau yang nampak lebih muda dan jelita pada usia pertengahan 40-an, Raja Ema mengakui dia sangat mementingkan aspek kecantikan luaran dan dalaman, sejak dulu.

sumber

Isu penggantungan Safee Sali diselesaikan segera


Pengurus harap masalah Safee selesai segera

PENGURUS Safee Sali, Zakaria Rahim yakin masalah yang dihadapi penyerang kebangsaan itu ekoran penggantungan kelabnya, Pelita Jaya dan 31 kelab lain oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

"Saya tak boleh komen, tapi apa yang boleh saya katakan masalah ini akan diselesaikan dengan segera," kata beliau ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad yang mengesahkan bintang penyerang Pelita Jaya itu tidak boleh lagi membantu skuad negara di pentas antarabangsa ekoran keputusan penggantungan itu.

"Bagi saya kedudukan Safee tetap selamat dan beliau masih boleh beraksi bersama skuad kebangsaan," kata Zakaria kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya nasib Safee yang tidak dibenarkan beraksi bersama skuad Harimau Malaya sehingga PSSI bersidang pada satu Kongres mereka hujung tahun ini.

Dalam pada itu, Zakaria turut menegaskan masalah tersebut hanyalah salah faham yang timbul di peringkat Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI).

"Kami sudah merujuk kepada kelab itu dan biarlah mereka yang menguruskannya.

"Lagipun, bagi saya masalah ini tiada isu sebenarnya. Ini hanyalah salah faham. Apa pun, kami akan cuba membantu Safee dan Pelita Jaya sendiri sudah membuat kenyataan kepada media Indonesia mengenai isu ini," jelas beliau lagi.

Menurut laporan berita tempatan hari ini, penyerang prolifik negara itu tidak dibenarkan beraksi dalam mana-mana pertandingan termasuk menyertai latihan skuad kebangsaan ekoran kelab disertainya, Pelita Jaya digantung bersama 31 kelab lain oleh Fifa.

Azzuddin mengesahkan beliau telah menerima salinan surat penggantungan daripada PSSI yang turut melibatkan setiap pegawai dan pemain kelab Liga Super Indonesia.

Ini bermakna Safee turut digantung daripada beraksi dalam mana-mana pertandingan termasuk menyertai latihan bersama skuad kebangsaan.

Dalam pada itu, laman Facebook fanpage yang didaftar atas nama �Muhd Safee Sali� juga menyatakan perkara sama, pagi ini.

�Safee mungkin tidak akan bermain untuk Malaysia pada AFF Suzuki Cup disebabkan penggantungan oleh PSSI/FiFA,� kata laman fanpage itu.

Kenyataan yang dibuat sekitar  jam 8 pagi tadi itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat Safee.

Mohamad Nazren menyatakan, Safee Sali tidak ada dalam (senarai) pemain utama, rasa macam tak garang la.�

Stanly Japang pula menulis, �orang suruh tinggalkan Pelita tidak mahu, kan sudah kena.�

Peminat bernama Raimi Ramli pula berkata, �tak apa bro, yang penting terbaik dari Malaysia.�

Penggantungan Safee turut dirasai oleh jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal.

Beliau menyatakan bahawa perkara itu sukar untuk diterima terutama buat pasukan kebangsaan, namun Rajagobal tetap berharap akan ada berita baik.

sumber sinar

Mangsa maut ditimpa keratan pokok rambutan



Seorang penebang pokok menemui ajal selepas ditimpa keratan pokok rambutan yang ditebangnya di Kampung Alor Hijau, Selising dekat sini, malam kelmarin.
Mangsa, Mohamad Fadil Mohamad, 40, dari Kampung Padang Pak Omar di sini, yang dikatakan keluar dari rumah jam 4 petang kelmarin untuk mengambil upah menebang pokok rambutan tua tidak pulang ke rumahnya sehingga pukul 12 malam tadi.
Keadaan itu menyebabkan isteri mangsa, Rosnani Yaakob, 38, meminta pertolongan saudaranya untuk mencari Mohamad Fadil yang keluar rumah tanpa memberitau tujuannya.
Abang Ipar mangsa, Yaakub  Kadir, 53, berkata, dia bersama empat kawan mencarinya di kawasan sekitar dan menjumpai kereta milik Proton Iswara milik mangsa kira-kira jam 12.30 tengah malam.
Yaakob berkata, dia mengesyaki sesuatu yang buruk menimpa Mohamad Fadil apabila berpuluh-puluh panggilan ke telefon bimbit mangsa tidak berjawab.
�Saya menggunakan lampu suluh untuk mencarinya kerana kawasan itu agak gelap dan kami terkejut mendapati dia (Mohamad Fadil) terperangkap di bawah batang pokok rambutan yang ditebangnya dalam keadaan kaku.
�Ketika itu gergaji pemotong berada berham-piran dengannya dan saya kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Selising sementara menunggu anggota Bomba dan Penyelamat tiba untuk mengeluarkan arwah,� katanya.
Yaakob berkata, tempat kejadian tidak jauh daripada rumah orang kampung tetapi kejadian menimpa Mohamad Fadil tidak disedari mungkin disebabkan ketika itu hujan lebat.
Selain mengambil upah menebang pokok, arwah turut mengusahakan nira kelapa di hadapan rumahnya dan sebelum ini, dia dikatakan memberitahu keluarga hasratnya untuk menunaikan ibadat haji.
Mangsa yang mening-galkan seorang balu dan seorang anak lelaki, Mohd Aiman Mohamad fadil, 4, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Jawa, dekat sini jam 11.30 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kematian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Katanya, kejadian itu dipercayai berlaku di antara pukul 4 petang hingga 1.30 pagi dan mangsa mati akibat ditimpa pokok yang ditebang.
�Polis mengesahkan mangsa ditemui di bawah pokok yang di tebangnya sendiri dan pihak bomba membantu mengeluarkan mangsa yang sudah meninggal dunia,� katanya.
Mohd Kamal berkata, hasil siasatan mendapati punca kematian disebabkan kecederaan parah di kepala dan tiada kesan perbuatan jenayah.

sumber sinar