Friday 14 December 2012

Nelydia Senrose Belum berpunya




Nelydia Senrose pelakon muda yang kini sibuk dengan jadual kuliah dan juga jadual lakonannya. Difahamkan Nelydia Senrose masih belum memiliki kekasih atas sebab komitmen lakonan membataskan dirinya untuk mengenali teman istimewa.

�Saya belum ada kekasih kerana setiap hari saya akan sibuk dengan pengajian dan hanya berjumpa dengan rakan-rakan kuliah sahaja.

�Ketika cuti semester pula waktu saya terisi dengan jadual penggambaran. Saya hanya bergaul dengan para pelakon dan krew di lokasi dari siang sampai ke malam jadi masa bila hendak berkenalan dengan orang-orang lain?

�Lagi pun, saya masih terlalu muda untuk memikirkan mengenai teman istimewa,� katanya yang sedang menuntut di peringkat ijazah dalam jurusan Psikologi di Segi College.

Keena Mentor cuba melebarkan sayap kariernya ke Dubai



Keena Mentor kini cuba melebarkan sayap kariernya ke Dubai kerana ia berasa kecewa kerana penyanyi baru sepertinya tidak mendapat peluang dalam industri hiburan tempatan terutamanya daripada pihak yang menganjurkan sesebuah acara persembahan.

"Sudah tiga tahun saya berada dalam industri tetapi tiada perkembangan yang positif.

"Mana tidaknya, penyanyi baru sekarang susah nak dapat tawaran membuat persembahan nyanyian kerana pihak penganjur lebih senang menggunakan khidmat penyanyi yang sedia ada," katanya.

Keena kini bakal mengikat kontrak dengan sebuah syarikat rakaman popular di negara ini tidak lama lagi serta akan bekerjasama dengan penyanyi dari Kanada untuk berduet dalam sebuah lagu baru.

Tambah Keena, keadaan itu juga membuatkan dia mengambil langkah baru dengan mencari peluang memperkenalkan bakat di negara luar.