Sunday 13 January 2013

Lisa Surihani Kekok Digelar Artis 'Stailo'


Lisa Surihani
PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani berasa kekok apabila dirinya dianggap sebagai artis yang bergaya (stailo) sehingga dicalonkan dalam kategori Artis Wanita Stailo pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012.
Lisa, 27, berkata, hakikatnya dia adalah seorang wanita yang ringkas dalam penampilan dan tidak mempunyai pengetahuan atau naluri fesyen yang tinggi sejak dulu lagi.
�Biar betul saya seorang yang stailo (bergaya)? Saya sangat terkejut dan tersentuh juga apabila orang nampak saya sebagai artis yang stailo.
�Apa pun, ia satu penghargaan buat saya. Kalau ada yang mengundi saya untuk kategori itu, ia adalah sesuatu yang manis,� katanyai.
Selain kategori itu, isteri kepada pengarah filem Yusry Abdul Halim ini turut tercalon sebagai Pelakon Filem Wanita Popular.
ABPBH 2012 bakal berlangsung pada 7 April depan di Stadium Putra Bukit Jalil dan akan bersiaran menerusi TV3 dan radio Hot FM.
Menyambung perbualan, Lisa berkata, pada hakikatnya dia sering menjadikan artis wanita lain sebagai sumber rujukan dalam berfesyen dan bukan pencetus kepada sesuatu imej.
�Sebenarnya, lebih ramai artis wanita mempunyai penampilan fesyen lebih baik.
�Malah, saya sendiri pun menjadikan segelintir artis wanita kita sebagai rujukan seperti Scha Al Yahya, Liyana Jasmay dan Nabila Huda.
�Saya adalah pengikut fesyen dan bukan pencetus kepada sesuatu penampilan dalam industri kita,� katanya.
Terbaharu, Lisa sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri 13 episod berjudulMaskara arahan Nizam Zakaria.
Dalam drama berkonsepkan urban itu, Lisa berlakon di samping Nasha Aziz, Anzalna Nasir dan Adrea Abdullah.

sumber: Mstar

Zed Zaidi Ditauliahkan Leftenan Kolonel (Kehormat) Rela


Zed menunjukkan sijil watikah pelantikannya sebagai Leftenan Kolonel (Kehormat) Rela yang diterima pada pagi Ahad. - Foto oleh RICKY LAI
KUALA LUMPUR: Pelakon Zed Zaidi menyifatkan pentauliahan pangkat Leftenan Kolonel (Kehormat) Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) pada Ahad lebih bernilai daripada pengiktirafan seni.
Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33, berkata, dia berbesar hati apabila perjuangan secara sukarela dalam mempertahankan hak anak seni tempatan sejak tahun lalu mendapat pengiktirafan kerajaan.
�Saya tidak pernah harap anugerah seni tetapi anugerah daripada kerajaan atau negara seperti ini cukup besar nilainya. Kalau dapat anugerah seni pun nilainya tidak setinggi ini,� katanya.
Zed yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berkata demikian selepas majlis pemakaian pangkat dan watikah pelantikan Rela Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) kepada 53 individu yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jalan Duta di sini, pagi Ahad.
Selain Zed, majlis itu turut memberi pengiktirafan kepada ahli politik, korporat dan individu-individu berpengaruh atas sumbangan dan tanggungjawab sosial mereka.
Zed menerima watikah pelantikan daripada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Pemakaian pangkat dan watikah pelantikan itu dilakukan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Majlis yang diadakan bersempena ulang tahun Rela KL ke-41 itu turut dihadiri Pengarah Rela Negeri WPKL, Aminuddin Mohd Yusof.
Mengenai pemilihan sebagai satu-satunya anak seni yang menerima pelantikan itu, Zed berkata, ia adalah pemangkin semangat untuk dia terus memperjuangkan hak anak seni secara sukarela pada masa akan datang.
�Alhamdulillah, tanggungjawab sosial saya dalam memperjuangkan hak anak seni dan menentang kemasukan artis luar secara tidak sah mendapat perhatian.
�Tanggungjawab sebagai Presiden Seniman bukan mendapat gaji tetapi ia adalah sumbangan secara sukarela kepada bidang seni.
�Selepas ini, saya akan berjuang habis-habisan terutama dalam memantau kemasukan artis luar agar mereka mengikut saluran yang betul,� katanya.
Drama bersiri lakonan Zed iaitu 5 Bujang kini ditayangkan di TV1.

sumber: Mstar

Elfaeza Ul Haq Lawan Perasaan Sunyi Tanpa Keluarga


Elfaeza Ul Haq
KUALA LUMPUR: Pelakon dari Singapura, Elfaeza Ul Haq berkata dia terpaksa melawan perasaan sunyi kerana berjauhan daripada keluarga demi membina kerjaya di negara ini.
Elfaeza, 27, berkata, perasaan sunyi dan rindu adalah cabaran terbesar yang terpaksa dihadapi sejak dia mengembangkan kerjaya di sini hampir setahun yang lalu.
�Saya seorang diri di Malaysia. Sebab itu saya sering alami perasaan rindu dan murung kerana teringatkan keluarga.
�Malah, kadang-kadang saya berasa seram dan bimbang juga kalau apa-apa berlaku ketika saya di rumah, apa akan jadi sebab saya tinggal seorang diri.
�Mujurlah, ada beberapa kenalan artis yang rapat dan menjadi tempat berbual apabila saya tiada penggambaran,� katanya 
Aktres yang meraih populariti menerusi drama Adam & Hawa itu berkata, sebagai anak rantau yang sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini dia mengakui kebanyakan waktu lapang hanya dihabiskan di rumah sahaja.
�Saya tidak keluar bersosial dan lebih selesa habiskan masa di rumah seorang diri. Kalau keluar pun dengan kawan-kawan rapat sahaja.
�Bukan apa, saya seorang yang pendiam dan tidak banyak berbual, jadi mudah segan dengan orang yang tidak rapat,� kata wanita yang berasal dari Jurong ini.
Mengenai desas-desus kononnya dia berhijrah ke negara ini kerana merajuk dengan Kota Singa itu, anak kedua dalam keluarga ini berkata, dia mencuba nasib di sini bagi mengembangkan kerjaya.
�Bukan saya merajuk dengan Singapura. Saya datang Malaysia kerana tawaran kerja di sana semakin berkurangan.
�Selepas terlibat dalam produksi drama bersiri bahasa Inggeris di sana, semakin kurang tawaran drama Melayu yang saya terima.
�Kebetulan pula, industri dan peluang di sini lebih besar, apa salahnya saya mencuba tapi jika ada tawaran di sana saya tetap akan ambil,� katanya yang baru menamatkan penggambaran drama bersiri Dalam Setiap Sujudnya untuk TV9.

sumber: Mstar

Hot! Buku Cerita Kanak-Kanak Ada Aksi Lucah

Sememangnya kanak-kanak dan buku komik tidak dapat dipisahkan sperti kata-kata arwah P Ramlee, bagai irama dan lagu. Tetapi, sebagai ibu bapa, kita perlu lebih berhati-hati dalam pemilihan buku komik sebelum memberi anak-anak membaca. ini kerana, terdapat juga buku komik yang menyelitkan adegan seks dan ianya tidak bagus untuk minda mereka.


Wanita Ini Makan 5 Ekor Ayam Hidup Setiap Hari

Daging ayam sudah diletakkan sebagai salah satu makanan ruji dalam piramid makanan kesihatan kepada manusia. Setiap hari, kita pasti akan menggunakan ayam sebagai menu utama dalam masakan kita tidak kira apa jenis lauk-pauk yang dihidangkan. Pun begitu, bayangkan apabila seorang wanita pelik sanggup makan ayam hidup-hidup sebagai makanan hariannya tanpa disembelih dan dicabut bulunya terlebih dahulu!

Miskaulah, 38, berasal dari Dusun Janganasem, Sidoarjo, Indonesia menghidap penyakit misteri dan aneh iaitu ketagih untuk makan ayam hidup-hidup tanpa disembelih. Malah, beliau juga didakwa mampu memakan ayam hidup sebanyak lima ekor setiap hari!

Dia dikatakan perlu untuk memakan ayam hidup sebagai memenuhi nafsu gila dan peliknya itu. Ini sememangnya benar-benar pelik memandangkan kita sebagai orang Islam, perlu menyembelih ayam terlebih dahulu dan membersihkan segala kekotoran yang ada sebelum dimasak.

 

Gambar Awek Cun Kencing Merata-Rata


Demi mempromosikan air kencing sebagai alternatif baja organik tanaman, awek ni sanggup melakukan aksi kencing sambil diperhatikan orang ramai. Orang ramai pula ramai yang mengambil gambar mahupun video aksi 18SX gadis tersebut.

Air kencing yang dikumpulkan boleh dijual kepada pengusaha baja organik dengan harga 1 ribu Rupiah untuk 1 liter. Hasil daripada penggunaan baja organik air kencing yang telah diproses, hasil tanaman dikatakan lebih subur dan bersih.

lagi gambar awek cun buat aksi tak senonoh, klik sini