Monday 15 October 2012

Widget Jam Flash Untuk Blogspot


Salam semua, sebentar tadi baru sahaja koz siapkan widget jam flash terbaru. Hasill widget ini korang bolehlah lihat di bahagian sidebar dan dibawah ini.
Buat masa ini koz dapat siapkan satu design sahaja, insyallah nanti koz akan update design-design yang lain okey^^...Harap korang suka design widget jam flash ini.

Dan kalau ada apa-apa cadangan untuk tukar ayat ucapan tu korang beri cadangan di kotak comments di bawah okey. Kerja sama anda amat koz hargai.

Jom pasang Widget Jam Flash ini di blog korang. Cara-caranya seperti langkah di bawah:-

Langkah 1

Dashboard > Layout > Add a Gadget > HTML/Javascript

Langkah 2

Copy dan paste code ini di HTML/Javascript

<center><embed height="250" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://www.omsairamshop.com/wp-content/uploads/2012/10/widget-jam.swf" title="Widget Jam" type="application/x-shockwave-flash" width="250" wmode="transparent"></embed><script language="javascript" src="http://kozumiro.blogspot.com/">Budak Nakal</script></center>

Langkah 3

Code warna merah korang boleh ubah saiz yang korang suka.

Save dan lihat hasilnya.

Farid Kamil dan Diana Danielle Nikah 3 November


Info terkini berkenaan tarikh pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle telah terjawap. Farid Kamil telah mengumumkan Diana Danielle dan dirinya akan bernikah pada 3 November 2012 ini.

Farid Kamil telah memberi kenyataan di bawah kepada portal Murai:-

"Setelah mendapat restu kedua ibu bapa saya, malam ini saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Diana Danielle akan melangsungkan perkahwinan kami pada 3 November ini. Saya harap dengan pengumuman ini, ramai pihak akan mendoakan yang terbaik buat kami."

Tahniah diucapkan kepada Farid Kamil dan Diana Danielle, moga perhubungan ini akan kekal selama-lamanya. Semoga segala persiapan dan perancangan pernikahan dan perkahwinan berjalan lancar.Amin...


Hajat Kamal Adli berlakon filem aksi tercapai


Selepas kejayaan filem Kongsi yang mencatat kutipan RM8.2 juta pada 2011, aktor dan pengarah muda berbakat besar, Farid Kamil kembali lagi dengan garapan terbarunya iaitu genre aksi komedi yang lebih segar berjudul Pe3, sekali gus diharapkan memenuhi cita rasa penggemar filem di luar sana.

Selain Farid selaku teraju utama dan penulis skripnya, ia turut menampilkan pelakon popular, Kamal Adli dan Diana Amir untuk memantapkan lagi filem ke-67 terbitan Metrowealth (MIG) ini.

Secara peribadi, Kamal mengakui tidak sabar menanti Pe3 di pawagam tanah air kerana penggambarannya sudah lama berakhir iaitu kira-kira dua tahun lalu.

�Terus terang, saya memang minat berlakon dalam filem aksi dan akhirnya ia kesampaian apabila ditawarkan beraksi dalam filem ini. Pada masa sama, saya memang suka bekerja dengan pengarah muda seperti Farid kerana kami sama-sama muda dan �sekepala�. Dia juga banyak idea dan mempunyai misi yang tinggi dalam bidang pengarahan filem.

�Walaupun dia memegang kerusi pengarah dan pada masa sama watak utama dalam filem ini, Farid tetap �cool� ketika di lokasi. Dia juga boleh menerima idea dan pandangan pelakon lain untuk memantapkan lagi jalan cerita filem ini,� katanya.

Mengenai wataknya dalam filem itu, juara Hero Remaja 2008 ini berkata, dia membawa watak Fumi, seorang jurugambar bebas yang jatuh hati dengan Lina, adik kepada ketua gengster, Megat.

�Megat juga mengajar Fumi untuk berjinak-jinak dalam dunia gengster dan menjadi jahat sepertinya. Karakter Fumi adalah gengster yang penakut kerana dia takut pegang senapang seperti yang biasa dilakukan kumpulan gengster,� katanya.

Pelakon berasal dari Pekan, Pahang yang juga kekasih kepada pelakon jelita, Intan Ladyana ini turut menimba pengalaman berharga ketika berlakon dalam filem itu.

�Antara pengalaman menarik ialah ketika melakonkan babak Fumi pergi merompak dengan menaiki jet ski di bawah jambatan Pulau Pinang. Justeru, sepanjang sehari suntuklah saya menaiki jet ski dan menikmati keindahan kawasan sekitarnya di pulau itu.

�Sudah namanya filem aksi, sudah pasti kecederaan tidak dapat dielakkan dan tangan kanan saya terkoyak ketika tertumbuk kamera dalam salah satu babak dalam filem ini. Selepas darah berhenti mengalir, kami teruskan penggambaran sehingga babak itu selesai.

�Sekalipun cedera, saya tidak serik berlakon dalam filem aksi kerana jiwa saya serasi dengan filem sedemikian. Impian saya untuk bawa watak yang lebih mencabar dalam filem aksi selepas ini,� katanya.

Bagi Diana pula, dia sudah bersedia menerima kritikan daripada peminat kerana belum berhijab ketika berlakon dalam filem itu, dua tahun lalu.

�Ia adalah filem terakhir lakonan saya ketika belum berhijrah dulu. Saya harap peminat faham dan dapat terima Pe3 adalah filem lakonan ketika belum bertudung.
Justeru, melalui penjelasan ini, tidak akan timbul isu yang saya sudah buka tudung untuk berlakon dalam filem ini,� katanya.

Seperti Kamal, Diana juga serasi bekerja dengan Farid kerana sudah beberapa kali bergandingan dalam filem sebelum ini.

�Sebab itu, kami tiada masalah untuk mencari keserasian termasuk melakonkan babak abang dan adik seperti dikehendaki dalam filem ini. Begitu juga berlakon babak bercinta dengan Kamal kerana kami juga pernah bekerjasama sebelum ini.

�Saya juga menganggap diri bekerja sambil bercuti ketika terbabit dalam penggambaran filem ini dulu. Maklumlah, filem ini juga memaparkan banyak tempat menarik yang juga tarikan dari segi pelancongan di sekitar Pulau Pinang,� katanya.

Bercerita lanjut wataknya sebagai gadis seksi sebagai Lina, kata Diana, watak adik kepada ketua gengster, Megat juga lebih sebagai penyeri dan tarikan pada filem itu.

�Sebenarnya, Lina tidak tahu kegiatan abangnya sebagai ketua gengster. Apa yang dia tahu abangnya memiliki kedai menjual kereta mewah.

�Sebagai adik, hubungan Lina dengan abangnya, Megat cukup rapat dan dia sangat disayangi abangnya itu. Lina juga bercinta dengan Fumi dan mereka juga akhirnya berkahwin selepas itu.

�Apa yang dapat disimpulkan, peminat yang meminati filem genre aksi, Pe3 pasti memenuhi cita rasa dan menambahkan lagi koleksi mereka,� katanya yang baru selesai penggambaran telefilem Mati Hidup Kembali untuk saluran Astro Oasis.

Filem yang membabitkan kos mencecah RM2 juta ini mengisahkan geng perompak yang terkenal di Pulau Pinang yang diketuai Megat. Megat seorang yang cekap dalam merancang strateginya sehingga pihak polis tidak berjaya menangkapnya.

Barisan pelakon yang turut membintangi filem ini ialah Along Eyzendy (Along), Taiyuddin Bakar (Chat), Soya (Chendol), bakat baru di bawah pengurusan MIG Talent, Fyza Kadir (Fyza), Tauke Raja Lawak (nelayan 1), Yus Raja Lawak (nelayan 2) dan ramai lagi. Ia bakal menjengah pawagam seluruh tanah air bermula 18 Oktober ini.

Hot! Hans Isaac luahkan hubungannya dengan Neelofa




Pengakuan Aktor dan produser Hans Isaac tentang hubungannya dengan pelakon Neelofa adalah serius. Tetapi Hans Isaac mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan kisah tersebut kerana berasa serik dengan kegagalan hubungan cintanya sebelum ini.
Hans Isaac dan neelofa bercinta
Pemilik nama sebenar Gerald Hans Isaac, 41, ini berkata, sudah tiba masanya dia menyimpan sebahagian kisah peribadi untuk dirinya sendiri kerana dia sudah banyak berkongsi perkara peribadi dan kisah cinta sepanjang 20 tahun bergelar anak seni.

Hans berkata, atas dasar itu dia lebih selesa untuk tidak bercerita lebih lanjut mengenai hubungannya dengan aktres muda itu demi kebaikan semua pihak.

�Saya tidak nafikan kami memang berkawan secara serius pada waktu ini. Cuma, saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai sejauh mana perkembangan hubungan kami kerana ia terlalu peribadi buat saya.

�Cukuplah, saya sudah serik untuk berkongsi kisah peribadi kerana selama 20 tahun bergelar artis, terlalu banyak saya berkongsi cerita hubungan cinta dengan kekasih-kekasih terdahulu tetapi akhirnya saya juga yang dipertikaikan itu dan ini,� katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini.


Ditanya reaksinya berhubung gosip yang mengatakan dia pergi bercuti dengan kekasihnya itu ke Koh Samui, Thailand, secara rahsia pada hujung bulan lalu, Hans berkata, dia enggan mengambil pusing mengenai perkara itu kerana sudah terbiasa dengan permainan dunia hiburan.

�Tiada apa yang hendak saya katakan mengenai gosip itu. Biarlah kerana saya sudah lalui macam-macam gosip sebelum ini.

�Hakikatnya, saya pergi ke Koh Samui bersama sepupu dan rakan-rakan. Kalau pun saya hendak pergi bercuti dengan dia, tentulah kami akan pergi secara berkumpulan dan bukan berduaan sahaja.
�Saya bukan bodoh dan tidak peka dengan sensitiviti agama dan budaya,� hurainya.

Mengenai hasrat mendiang ibunya, Carmina Anciano Isaac, 74, yang tidak sempat ditunaikan untuk melihat dia berkahwin, Hans berkata, soal berumah tangga bukan perkara remeh yang boleh diambil mudah dan ia memerlukan persiapan dan keputusan yang tepat.

�Memang saya terkilan mengenai perkara itu tetapi saya tidak boleh tergesa-gesa dan gelojoh mengenai persiapan perkahwinan.

�Dalam hal ini, saya perlu bersikap memilih dan sepenuh hati kerana saya hanya mahu berkahwin sekali sahaja dalam seumur hidup.

�Sama ada saya mempunyai perancangan ke arah itu dengan Neelofa atau sebaliknya, biarlah saya simpan dahulu,� luahnya.

Terbaru, usahawan filem ini sedang sibuk dengan proses pasca produksi dua filem terbitan syarikatnya iaitu Lemak Kampung Santan dan sebuah judul yang masih lagi dirahsiakan.


Gambar Neelofa bersama keluarga

Sebut sahaja nama Neelofa Mohd Noor tentu ramai yang mengenali gadis cantik dan ayu ini. Nak tahu lebih lanjut tentang Neelofa anda boleh lihat Biodata Neelofa Mohd Noor.

Di sini dikongsikan kepada anda gambar keluarga Neelofa. Agak besar juga keluarga Neelofa ini, boleh dikatakan semua ahli keluarganya semua berwajah ayu dan cantik.