Sunday 21 October 2012

Pelakon Almy Nadia hilang keyakinan

Almy Nadia Hilang Keyakinan Kerana Tiada Tawaran Lakonan

Pelakon Almy Nadia mengakui ketiadaan tawaran lakonan sejak kebelakangan ini menyebabkan dia hilang keyakinan diri untuk muncul di khalayak umum.

Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 26, berkata, tahun ini merupakan tempoh paling perit dan tidak stabil dalam kerjayanya apabila dia sudah tidak menerima tawaran lakonan sejak tiga bulan lalu.

"Tahun ini adalah tempoh paling perit dalam kerjaya saya. Kebetulan saya mengalami masalah kesihatan yang tidak menentu dan ada beberapa masalah peribadi yang timbul sejak awal tahun ini.

"Sejujurnya, saya sudah tidak menerima tawaran lakonan sejak tiga bulan lalu sehingga hari ini. Keadaan itu menyebabkan saya menjadi pemalu, rendah diri dan hilang keyakinan untuk muncul di khalayak," katanya.

Almy berkata demikian ketika ditemui pada program Jelajah Anugerah Skrin (ASK) 2012 di pusat beli-belah e @ Curve, Mutiara Damansara di sini, petang Ahad.

Katanya, keadaan itu bagaimanapun tidak mematahkan semangatnya untuk terus mengintai peluang lakonan walaupun terpaksa bersaing dengan muka-muka baru.

"Mungkin ada silapnya pada diri saya sendiri yang selama ini kurang mesra atau tidak pandai menjaga hubungan dengan orang-orang berpengaruh dalam industri ini.

"Dalam kes ini, saya tidak boleh cakap banyak atau menuding jari pada mana-mana pihak kerana persaingan semakin sengit dengan kehadiran bakat-bakat baru.

"Saya tidak mahu mengalah dengan keadaan ini. Malah, saya sematkan dalam diri untuk sentiasa berfikiran positif dan menerima dugaan ini dengan hati terbuka," katanya.

Bagaimanapun, ujar Almy, dia bersyukur kerana mempunyai teman-teman rapat yang sering memberikan tawaran pengacaraan pada majlis-majlis korporat dan acara hiburan.

"Sekarang saya hidup daripada pendapatan bagi kemunculan pada acara-acara dan pengacaraan majlis korporat dan program televisyen.

"Saya bersyukur kerana rakan-rakan rapat yang terdiri daripada orang-orang industri banyak memberikan peluang kepada saya," katanya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan aktor Fizz Fairuz, Almy berkata, dia enggan bercerita mengenai perkara itu kerana ia terlalu peribadi untuk dikongsikan selepas pelbagai kontroversi tercetus sebelum ini.

Pada siri kedua program Jejalah ASK 2012 itu, sekitar 3,000 orang awam dianggarkan membanjiri ruang legar pusat beli-belah berkenaan bagi menyaksikan artis-artis kegemaran mereka.

Antara barisan artis yang turut hadir adalah Zamarul Hisham, Adi Putra, Diana Danielle, Fida Ibrahim, Izreen Azminda, Nad Zainal, Diana Amir dan pasangan pengacara ASK 2012 iaitu Awal Ashaari dan Neelofa.

Pemenang pertandingan Pencarian Hos Pantene ASK musim kedua iaitu Muhammad Fadzil Ahmad Shukor, 22, turut diumumkan pada acara itu.

Dengan kemenangan itu, Muhammad Fadzil bakal mengacarakan karpet merah ASK 2012 pada 9 November depan di samping Karl Shafek dan Dynas.

Siri pertama Jelajah ASK 2012 berlangsung di Plaza Gurney, Pulau Pinang pada 14 Oktober lalu.

Lee Chong Wei juara Terbuka Denmark

Datuk Lee Chong Wei juara Terbuka Denmark

JAGUH badminton negara,  Datuk Lee Chong Wei mempamerkan aksi mantap apabilla berjaya meraih gelaran Terbuka Denmark 2012 selepas menewaskan pencabar dari China, Du Pengyu dalam perlawanan akhir di Odense, malam tadi.

Dalam perlawanan yang berlarutan hampir sejam itu, Du Pengyu yang menggabungkan pukulan cantik, 'smash' yang tajam dan kekuatan mental berjaya mengawal rentak pergerakan Chong Wei untuk memenangi set pertama 21-15.

Chong Wei bagaimanapun bangkit untuk menguasai set kedua dengan 21-12 sebelum menyekat ketangkasan pemain pilihan ketujuh itu dengan 21-19 bagi
membawa pulang wang tunai AS$30,000 (RM91,500).

Sementara itu, nasib berbeza dialami oleh beregu lelaki negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong apabila mereka terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan, Shin Baek Choel/Yoo Yeon Seong 21-19, 11-21, 19-21.


Berikut keputusan penuh kejohanan badmintan Terbuka Denmark 2012:

Beregu campuran

Chen Xu/Jin Ma (China) mln Tontowi Ahmad/Lilyana Natsir (Indonesia) 23-21, 24-26, 21-11

Beregu lelaki  

Shin Baek Choe/Yoo Yeon Seong (Korea) mln Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (Malaysia) 19-21, 21-11, 21-19  

Perseorangan wanita

Saina Nehwal (India) mln Juliane Schenk (Jerman) 21-17, 21-8  

Beregu wanita

Jin Ma/Jinhua Tang (China) mln Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi (Jepun) 21-8, 21-12

Perseorangan lelaki  

Lee Chong Wei (Malaysia) mln Du Pengyu (China) 15-21, 21-12, 21-19

Mangsa Banjir Terbiar

Koz tidak pasti banjir ini berlaku dimana, tapi kalau korang jumpa kucing atau binatang dalam keadaan camni korang tolong tak die orang dan alih ke tempat yang lebih selamat?

Koz tengok muka kucing ini alahai ciannya...Kalau koz koz mesti ar bantu dia orang ini, sebab kucing adalah haiwan kesayangan koz...


Diana Danielle tertekan menjelang hari pernikahannya


Persiapan pernikahan Diana Danielle dan Farid Kamil

Aktres jelita Diana Danielle berkata dia berasa panik dan tidak keruan menjelang hari pernikahannya dengan aktor dan pengarah Farid Kamil pada 3 November depan.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 21, berkata, pelbagai persiapan rapi untuk majlis akad nikah yang bakal berlangsung di Hotel Flamingo, Ampang dekat sini, membuatkan dia tidak menang tangan hingga menjejaskan keadaan kesihatan.

"Saya masih kelam-kabut dalam membuat persiapan menjelang hari pernikahan kami pada 3 November depan. Ini kerana, semua persiapan untuk majlis itu saya dan keluarga lakukan sendiri.

"Alhamdulillah, walaupun keadaan agak berserabut dan beberapa kali saya hampir terkena migrain, semua persiapan berjalan dengan baik.

"Cuma, kini kami sedang sibuk dengan urusan mengedarkan kad jemputan pula,"

Farid membuat kejutan apabila mengumumkan berita pernikahan mereka pada majlis tayangan filem arahannya berjudul Pe3 di Sunway Pyramid, pada 15 Oktober lalu.

Sebelum ini, pasangan tersebut membuat kejutan apabila bertunang dalam diam pada 2 September lalu selepas tiga tahun bercinta.

Ditanya mengenai perasaannya menjelang hari bahagia itu, Diana berkata, pada waktu ini dia tidak mahu memikirkan apa-apa perkara selain berharap agar majlis itu berjalan dengan lancar kelak.

"Saya tidak berdebar dan tidak rasa apa-apa sekarang. Saya tidak mahu memikirkan apa-apa selain berharap agar semuanya berjalan lancar nanti," katanya.

Diana berkata, majlis pernikahan itu nanti akan diadakan secara ringkas dan sederhana berkonsepkan pernikahan dalam taman.

"Saya tidak boleh bercerita lanjut mengenai majlis itu nanti. Yang pasti, ia akan diadakan dalam suasana seringkas yang mungkin.

"Ada sebahagian barangan dan keperluan majlis ditaja manakala sebahagian lagi kami beli sendiri," katanya.

Majlis resepsi sebelah keluarga perempuan akan diadakan pada 21 November depan bersempena ulang tahun kelahiran Diana yang ke 21 pada tarikh itu.

Majlis sambut menantu di rumah keluarga Farid di Alor Setar, Kedah pula pada Disember depan.

sumber Mstar

Admin: Moga Persiapan pernikahan Diana Danielle dan Farid Kamil berjalan dengan lancarnya.

Pedrosa Juara MotoGP Malaysia


Penunggang Sepanyol, Dani Pedrosa memenangi kejuaraan MotoGP selepas mencatat masa 29 minit 29.049 saat pada Grand Prix Motosikal Malaysia 2012 berlangsung di sini hari ini.

Tempat kedua jatuh kepada rakan senegara, Jorge Lorenzo daripada Yamaha Factory Racing dengan masa 29"31.823s, manakala rakan Pedrosa dalam pasukannya, Casey Stoner dari Australia di tempat ketiga mengambil masa 29"36.193s.

Perlumbaan MotoGP sebanyak 20 pusingan itu dikurangkan kepada 14 pusingan sahaja kerana hujan lebat.

Utusan

Mulai esok harga rokok naik 20 sen





British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) telah mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai esok.

"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus hingga 58 peratus berkuat-kuasa Jumaat, 19 Oktober 2012.

"Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, William Toh dalam satu kenyataan.

Harga baharu rokok bermula esok adalah seperti berikut:-
Rangkaian DUNHILL - RM10.20
Rangkaian KENT - RM10.20
Rangkaian PETER STUYVESANT - RM8.70
Rangkaian PALL MALL - RM8.70
PALL MALL Biasa - RM10.60
BENSON & HEDGES - RM10.20
LUCKY STRIKE PLAIN - RM10.60
ROTHMANS INTERNATIONAL - RM10.60

BAT Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, yang merupakan kumpulan tembakau paling antarabangsa dunia dan kumpulan tembakau tersenarai yang kedua terbesar dunia

Utusan

Video Perlawanan Harimau Muda Vs Vietnam U21 Final Newspaper CUP 2012


Diruangan ini koz akan kongsikan kepada anda Video Perlawanan Harimau Muda Vs Vietnam U21 Final Newspaper CUP 2012.

Video Hot! Zulfahmi Khairuddin hampir disembur Arak


Video kali ini memaparkan suasana sambutan kemenangan keatas pemenang pelumba Moto3 selepas Zulfahmi Khairuddin berjaya meraih tempat kedua pada perlumbaan Moto3. Video ini juga memaparkan di mana Zulfahmi Khairuddin mengelakkan diri dari terkena semburan Arak.

Keputusan Perlawanan Harimau Muda Vs Vietnam U21 Final Newspaper CUP 2012


Keputusan Perlawanan antara Harimau Muda lawan Vietnam U21 akhirnya memihak kepada Pasukan Harimau Muda dengan kemenangan Harimau Muda 1 - 0 Vietnam U21.

Jaringan dihasilkan oleh Hazwan Bakri minit ke 57. Dengan jaringan itu Harimau dapat mengekalkan satu jaringan sehingga wisel penamat.

Tahniah Marimau Muda!!....

Apa hala tuju Blog ini?


Kehadiran artikel ini sebenarnya adalah untuk koz minta bantuan dari anda untuk komen keseluruhan blog budak nakal ini.

Kewujudan blog ini koz buat atas dasar personal blog. Koz agak runsing bila di pikirkan, apakah hala tuju sebenar blog ini?...Adakah dari pandangan korang blog budak nakal ini satu ruang untuk korang boleh dapatkan info semasa, gosip artis ataupun sebagai ruangan untuk mendapatkan tutorial dan ilmu bagi meningkatkan mutu blog anda.

Apa pandangan korang tentang blog ini? Please moga komen anda dapat memberi inspirasi bagi koz megubah menjadi blog yang terbaik dari sebelumnya.


Peluang rakyat memiliki rumah idaman


Peluang rakyat miliki rumah harga pasaran rumah dijangka turun.

Kerajaan menyediakan akses yang lebih luas kepada rakyat bagi memiliki rumah di samping agensi dan syarikat berkaitan/milik kerajaan (GLC) bakal menambah kapasiti untuk memajukan sektor itu.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, penyertaan kerajaan juga bertujuan menurunkan harga pasaran rumah dalam jangka masa panjang.

�Ada beberapa faktor yang kita perlu lihat untuk pemilikan rumah, iaitu pinjaman dan harga rumah yang ingin kita miliki.

�Aspek pinjaman terletak di bawah tanggungjawab Bank Negara Malaysia (BNM),� katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu daerah Kinta anjuran Biro Pengaduan  Awam di sini, semalam.

Beliau mengulas gesaan bank komersil melonggarkan syarat pinjaman perumahan terutama kepada bakal pembeli di bawah Skim Rumah Pertamaku (SRP) dengan mengambil kira keupayaan peminjam  untuk membayar balik.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung sebelum ini menyatakan pihaknya banyak menerima aduan daripada pemaju perumahan yang mendakwa kesukaran untuk menjual rumah adalah disebabkan pembeli sukar mendapat pinjaman bank.

Mengulas lanjut, Ahmad Husni berkata, kerajaan prihatin dalam isu pemilikan rumah dan atas sebab itulah kerajaan telah menubuhkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

�Belanjawan 2013 kerajaan memperuntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan di kawasan strategik, dan akan  dilaksanakan oleh PR1MA, SPNB dan Jabatan Perumahan Negara,� katanya.

Tambahnya, PR1MA diperuntukkan sebanyak RM1 bilion iaitu RM500 juta bagi membina 50,000 rumah mampu milik dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000 yang akan membuka akses yang lebih luas dan fokus kepada golongan berpendapatan rendah berbanding harga antara RM300,000 hingga RM400,000 sebelum ini.

�RM500 juta lagi merupakan �facilitation fund� bagi PR1MA dan pihak swasta boleh memajukan perumahan secara penglibatan bersama.

�Untuk menjalinkan kerjasama itu, PR1MA perlu kenal pasti syarikat swasta yang telah mendapatkan kelulusan untuk majukan perumahan serta merta atau mereka yang telah mencapai 50 peratus proses projek.

�Jadi PR1MA akan sediakan dana mungkin dalam 10 peratus daripada kos projek dengan syarikat pemaju dan pemaju perlu mengurangkan harga pasaran rumah,� katanya lagi.

Ahamd Husni berkata, SPNB diminta melaksanakan projek rumah mampu milik seperti yang dilakukan pihak swasta secara berskala besar melibatkan 40 hingga 80 hektar tanah selain menambah jumlah rumah yang mempunyai reka bentuk banglo seperti rumah mesra rakyat.

�Rumah-rumah berkualiti seperti itu boleh dibina oleh SPNB dan ditawarkan pada harga yang berpatutan seperti RM150,000,� tambahnya.