Wednesday 16 January 2013

Air Paling Sedap Di Dunia

 

"Semenjak Nabi Adam terkeluar dari Syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian beliau menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dan air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pokok kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung-burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung itu. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dari air mata taubatmu."

Begitulah rasa berdosa dan bersalah kepada Allah telah menyebabkan Nabi Adam menangis selama beratus tahun lamanya. Sehingga kemudiannya Allah telah menerima taubatnya dan menjadikan air yang lazat, pohon cengkih dan kayu manis daripada air mata taubatnya itu."

SUMBER

Rosmadi: Selesai isu Butler-Hodak tanpa libatkan FAM


Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa)
Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa)
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) berharap krisis yang berlaku antara jurulatih T-Team, Peter Butler dengan rakan sejawatannya, Bojan Hodak dapat diselesaikan secara profesional bagi mengelak tumpuan terjejas dalam saingan Liga Super.

Naib Presiden Kafa, Rosmadi Ismail ketika dihubungi berkata, pihaknya mahu melihat kedua-dua jurulatih itu menyelesaikan krisis secara profesional, bukan secara sentimen dan sebagainya.

"Setakat ini saya belum mengetahui perkara tersebut tapi saya akan siasat dan mengetahui secara terperinci kes ini terlebih dahulu.

"Saya juga akan bersemuka dengan Bojan dan berbincang sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan," katanya kepada Sinar Harian Online.

Tambah Rosmadi, "sebagai pihak pengurusan, saya berharap krisis ini dapat diselesaikan secara profesional."

"Mereka pun bukanlah calang-calang jurulatih, mereka jurulatih yang hebat, jadi lebih baik selesaikan masalah ini d iluar, tak payah melibatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," katanya.

Rosmadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Butler yang berkeras tidak mahu bersemuka dengan Hodak, sebaliknya mahu meneruskan niat melaporkan penghinaan jurulatih Kelantan itu terhadap ibunya kepada FAM.

Butler berkata, beliau akan melaporkan kejadian itu kepada FAM dalam masa terdekat ini kerana jurulatih Kelantan berusia 42 tahun itu tidak mahu memohon maaf kepadanya.

Baru-baru ini, Hodak didakwa menghina mendiang ibu Butler ketika perlawanan Liga Super antara T-Team dan Kelantan di Kuala Terengganu, Sabtu lalu.

Pengendali Kelantan itu dikatakan bertutur dalam bahasa Croatia yang tidak difahami pengadil perlawanan dan Butler.

Enggan mengulas dengan lebih lanjut, Rosmadi berkata, "buat masa ini saya tidak mahu komen banyak, biar saya berbincang dan meneliti kes ini terlebih dahulu."

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai prestasi semasa Kelantan yang dilihat hilang rentak setelah hanya mengumpul empat mata dalam tiga perlawanan setakat ini, Rosmadi tetap yakin pasukan gergasi Pantai Timur itu akan bangkit pada perlawanan seterusnya.

"Saya tetap berpuas hati dengan prestasi Kelantan setakat ini.

"Bagi saya, biasalah dalam bola sepak, ada naik dan turunnya. Bukannya selalu kita akan menang.

"Jadi, jangan kerana kalah dua tiga kali kita sudah hilang keyakinan," katanya yang yakin pasukan Kelantan mampu mengekalkan pencapaian musim lalu.

Anne Ngasri Hamil setelah Sebulan Nikah


Anne berharap agar segera berbadan dua selepas hampir sebulan bernikah dengan Mohd Sumali. - Foto oleh IBRAHIM MOHTAR.
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Anne Ngasri mengakui dia mungkin telah berbadan dua berdasarkan beberapa petanda seperti mula mual dan loya yang dialaminya sejak kebelakangan ini.
Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 29, berkata, dia berharap simptom-simptom memberi mesej baik iaitu sedang hamil selepas mendirikan rumah tangga dengan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda UMNO Mohd Sumali Reduan, 41, pada 22 Disember lalu.
�Rasa mual itu kerap juga berlaku sejak beberapa hari lalu. Saya pun tidak pasti sama ada mengandung ataupun tidak kerana saya belum membuat pemeriksaan kesihatan lagi.
"Tapi harapan saya mudah-mudahan ada rezeki (hamil) itu,� katanya.
Turut diperkenalkan pada majlis santai itu adalah dua lagi pengacara SIS iaitu pelakon Diana Amir dan Shabana, pengacara Hijab Stailista Ameera Zaini dan pengacara Saffiya, Liyana Hisham.
Ditanya mengenai perkahwinannya, Anne berkata, suaminya seorang yang ringkas dan berfikiran terbuka kerana tidak meletakkan sebarang sekatan untuk dia terus bergiat dalam bidang seni.
Anne di samping dua teman pengacara program SIS iaitu Shabana (kiri) dan Diana Amir.
�Alhamdulillah, kami bahagia dengan pengalaman baharu ini. Dia sangat memahami kerjaya saya.
�Kerjaya seni saya berjalan seperti biasa. Kami saling menyokong dan membantu antara satu sama lain,� katanya yang memiliki tiga anak Abdul Warits, 5, Abdul Wafri, 4, dan Nazharah Afrozah, 3, daripada perkahwinan terdahulu.
Mengenai tanggungjawab sebagai pengacara SIS, Anne berkata, ia adalah kerjasama pertama dengan TV9 walaupun dia pernah mengacarakan pelbagai program televisyen lain sebelum ini.
�Pengalaman mengacara memang ada tetapi bersama TV9, ini adalah kerjasama yang pertama kali.
�Saya teruja untuk mengendalikan program ini kerana ia mengupas isu-isu yang dialami wanita dalam kehidupan semasa,� katanya.
Program itu bakal disiarkan selama setengah jam bermula 26 Januari ini pada setiap Sabtu pukul 11 pagi.
Sebuah lagi program terbaharu TV9 untuk tahun ini iaitu Hijab Stailista juga bakal ditayangkan bermula tarikh yang sama pada pukul 11.30 pagi.
Manakala program Safiyya yang memasuki tahun ketiga disiarkan bermula 13 Januari lalu pada setiap Ahad pukul 11 pagi.

Pakaian Polis Wanita (Awek) Seksi Dari Seluruh Dunia

Pada entri kali ini agak sempoi, kami ingin menunjukkan beberapa pakaian polis wanita (awek) yang seksi-seksi dari seluruh dunia. Apa tunggu lagi, jom terjah dan cuci mata... phewit!!!

 
 
  
 
 
 

Video Kebenaran Di Sebalik Kejayaan Seorang Photografer


Seorang wartawan wanita yang sanggup menggadai nyawa mengambil gambar seorang budak perempuan yang sedang lari daripada pengganas. Manakala, seorang pengganas sedang mengacukan senapang kearah kepala budak perempuan tersebut.

Wartawan ini tidak mampu berbuat apa-apa, dan tergamam apabila budak perempuan ni melihat kearahnya bukan kearah pengganas yang sedang mengacukan senapang. Debaran anugerah photographer of the year jatuh kepada wanita ini, namun kejayaan yang dia miliki membuatkannya sedih dan serba salah menerima anugerah itu.

Syarikat Pembuat Anak Patung Seks Di China Catat Keuntungan Luar Biasa!


Tahukah anda antara syarikat yang paling cepat mencatatkan keuntungan dan berkembang di China adalah syarikat pembuat anak patung seks? Mungkin ia kedengaran seperti satu fakta yang karut, tetapi itulah hakikatnya.

Permintaan �melampau-lampau� daripada penggemar alat permainan ini dari seluruh dunia telah membuatkan syarikat Ningbo Yamei yang terletak di wilayah Zhejiang mencatat keuntungan dan prestasi luar biasa di negara komunis tersebut yang telah memulakan perniagaan kira-kira tiga tahun lepas.

Dari hanya sebuah syarikat kecil, kini Ningbo Yamei berjaya menjual lebih 50,000 anak patung seks tahun lepas. Syarikat itu telah merekabentuk 13 jenis anak patung lagi untuk memenuhi �citarasa penggunanya�. Purata harga anak patung ini ialah kira-kira RM57 sebuah.

ingin mengetahui strategi bisnes yang luar biasa, klik sini

(Video) Separuh Mati Wanita Ini Ditakutkan Ala-Ala Bang Bang Boom


Sudah jadi semacam trend di seluruh dunia untuk membuat lawak jenaka realiti seperti Bang Bang Boom dan Wakenabeb yang terdapat di Malaysia sekarang. Ada yang benar-benar menarik, namun ada jugak yang luar batasan. Kadang-kadang, penerbit pun tak faham batas dan bila nak berhenti apabila membuat lawak.

Daripada lawak berubah menjadi lawak bodoh, terutama dalam kes klip di bawah ini. Klip berkenaan memperlihatkan bagaimana seorang wanita yang baru habis kerja di Brazil dan ingin pulang ke rumah dipermainkan oleh krew sebuah program lawak realiti. apa lagi, jom terjah...


SUMBER

Lisdawati dan Rita Rudaini Berdamai


Lisdawati
KUALA LUMPUR: Permusuhan di antara pelakon Lisdawati dan Rita Rudaini hampir 7 tahun kembali jernih apabila kedua-dua wanita itu bersetuju untuk berdamai selepas ditawarkan berlakon dalam drama bersiri Kerana Sarah.
Lisdawati berkata, bersempena dengan tahun baru 2013 ini, dia berazam untuk tidak bermusuhan dengan sesiapa sahaja termasuklah Rita dan mahu bekerjasama dalam drama berkenaan yang masih lagi dalam penggambaran.
"Tahun 2013 ini, saya berazam untuk melalui suasana harmoni dan sekiranya terdapat persengketaan dengan sesiapa sekalipun, orang kata, buang yang keruh, ambil yang jernih.
"Begitu juga dengan dia (Rita), apa yang berlaku itu biarlah berlalu dan saya hormat dia sebagai pelakon yang lebih 'senior' daripada saya. Diharap, tiada sesiapa yang akan mengungkit perkara lama itu," katanya.
Pada tahun 2006, Rita dan Lisdawati dikatakan bermasam muka selepas berlakunya insiden tampar menampar dan tarik rambut ketika kedua-duanya melakonkan adegan terakhir drama Kau Yang Ku Sayang di kolam renang sebuah hotel di Georgetown, Pulau Pinang.
Aksi tersebut berubah menjadi sebuah pergaduhan besar sehingga melibatkan kes polis apabila Lisdawati mendakwa Rita sengaja mencederakannya.
Rita Rudaini
Sementara itu, Rita pula berkata, perkara tersebut sudah lama selesai dan tiada apa-apa isu yang perlu timbul antaranya dengan isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu.
"Saya tidak mempunyai masalah dengan dia (Lisdawati). Perhubungan kami lebih pada profesional dalam bidang kerja kami.
"Kami bertegur sapa, tetapi tak banyak berbual pun di lokasi. Cuma dengan apa yang telah berlaku, saya mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati.
"Dalam masa yang sama saya tidak mahu Fauzi ada dalam apa juga penggambaran yang saya lakukan atas sebab yang tidak dapat saya kongsi kepada umum," ujarnya.

TRW - JDT sama hebat


JDT - TRW
Aksi pemain Kelantan dan Johor Darul Takzim ketika bersaing dalam perlawanan malam tadi. Kedua-dua pasukan seri 1-1
TENDANGAN percuma pemain import Johor Darul Takzim, Daniel Guiza minit ke 74 memastikan pasukan berbelanja besar pulang dengan satu mata apabila seri 1-1 menentang Kelantan di Stadium Sultan Mohamed Ke IV, semalam.

Tuan rumah terlebih dahulu berada di hadapan minit ke 38 hasil jaringan cantik Mohd Norfarhan Muhammad yang melakukan rembatan deras sambil berlari menewaskan penjaga gol pelawat, Mohd Zamir Selamat.

Bermula wisel pertama, Kelantan terus melakukan serangan untuk mendapatkan gol awal dengan menggunakan sepenuhnya hantaran tinggi kepada Keita Mandjou dan Indra Putra Mahyuddin yang berada di bahagian hadapan.

Rentak 25 minit separuh masa pertama sungguh mendebarkan dengan tuan rumah dilihat lebih banyak menguasai permainan apabila posisi tengah dikuasai sepenuhnya Shakir Shaari dan Mohd Badhri Radzi berbanding dengan Shafiq Rahim yang dilihat sedikit tenggelam.

Gol tuan rumah akhirnya menjelma hasil rembatan deras kaki kanan Mohd Norfarhan minit 38 menggembirakan penyokong The Red Warriors yang memenuhi stadium.

Menyedari gol penyamaan perlu dicari, jurulatih Johor Darul Takzim mengeluarkan Nurul Azwan Roya dan memasukkan bintang La Roja 2008, Daniel Guiza untuk menambahkan sengat di bahagian serangan.

Ternyata percaturan Fandi menjadi apabila Guiza menyempurnakan sepakan percuma dari luar kotak penalti menewaskan Khairul Fahmi Che Mat 16 minit sebelum tamat perlawanan.

Dalam perlawanan berasingan, rekod tanpa kalah Lions XII lebur selepas tewas 0-1 kepada pasukan berstatus kelab PKNS di Stadium Shah Alam hasil jaringan Mohd Nazrin minit 79.

Pendahulu Liga Super, Pahang terus mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menjadikan Negeri Sembilan mangsa terbaru hasil kemenangan 2-1 dalam aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Dua gol Pahang dijaringkan Mohd Fauzi Roslan manakala gol sagu hati pelawat hasil gol sendiri pemain tuan rumah Hazri.

Juara Sumbangsih, ATM terus melakar kemenangan menewaskan T-Team 3-0 dalam aksi di Stadium Paroi. Gol tuan rumah dijaringkan Shukor Adan, Rezal Zambree Yahya dan Marlon Alex James.

Perak pula terus mengalami kekalahan 0-1 kepada Felda United di laman sendiri. Aksi sebelah petang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu , menyaksikan Selangor menewaskan Terengganu 2-1 . Gol pelawat dijaringkan oleh S. Kunanlan minit keenam dan Amri Yahyah pada minit ke-16 sementara gol Terengganu dihasilkan Jean-Emmanuel Effa Owona minit ke-17.