Tuesday 8 January 2013

Gadis 15 Tahun Ini Mati Kerana Overdos Dadah


Seorang lelaki ditahan untuk disiasat kerana mungkin berkait dengan kes kematian seorang gadis 15 tahun yang disyaki overdos. 

Gadis ini telah tiba di rumah selepas parti di salah sebuah pub di Liverpool. Tetapi sejurus menjejak kaki di rumah, dia pengsan dan dibawa ke hospital di mana dia meninggal dunia.

 

Bintang Mencari Bintang Tv3



Bintang Mencari Bintang merupakan program terbaharu terbitan TV3 berjudul yang menggilap bakat baru berdasarkan sketsa komedi dan nyanyian tidak mempunyai persamaan dengan program komedi sedia ada.

Penerbit eksekutifnya, Muhamad Suffian Isa berkata, walaupun program berbentuk komedi telah banyak diketengahkan oleh stesen lain namun pihaknya memberi jaminan rancangan realiti itu akan memberikan kelainan.

"Program ini diterbitkan bukan untuk meniru sesiapa dan pengisiannya nanti akan memberikan kelainan kepada penonton.

"Malah pada tahun 2007 kami pernah merancang untuk menerbitkan program pencarian pelawak namun kurang mendapat sambutan," jelasnya.

Seramai enam orang artis yang dipanggil �sifu� akan menerajui program itu seperti Raja Azura, Senario, Harun Salim Bachik, Zizan Razak, Sabri Yunus dan Afdlin Shauki.

Bintang Mencari Bintang bakal memperlihatkan setiap sifu mempunyai dua orang peserta yang dibahagikan kepada dua kumpulan dan mereka akan bersaing antara satu sama lain bagi merebut gelaran juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM200,000.

Bagi uji bakat yang bakal bermula pada 19 Januari ini, dua nama besar iaitu Fauziah Ahmad Daud dan Ajai akan memilih peserta yang berkelayakan ke pusingan seterusnya sebelum dipilih oleh enam sifu sebagai anak didik mereka.

Peserta hendaklah berusia 18 hingga 28 tahun, lelaki atau perempuan, solo atau berkumpulan (tidak melebihi dua orang). Mereka yang memiliki bakat melawak dan menyanyi digalakkan hadir untuk uji bakat.

Berikut adalah tarikh dan lokasi uji bakat:

1) 19 & 20 Januari 2013 - AEON Seberang Prai City, Pulau Pinang.

2) 26 & 27 Januari 2013 - Centerpoint Kota Kinabalu, Sabah.

3) 2 & 3 Februari 2013 - Boulevard Kuching, Sarawak.

4) 8 & 9 Februari 2013 - Kota Bharu Trade Centre, Kelantan.

5) 16 & 17 Februari 2013 - Plaza Angsana, Johor Bahru

6) 23 & 24 Februari 2013 - AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Rajagobal: 'Sebagai jurulatih, saya juga mahu menang'



K Rajagobal Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K.Rajagopal
MESKIPUN mengakui berdepan laluan sukar dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2015, jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal tetap optimis dan berjanji akan memberi aksi terbaik pada kejohanan itu.

"Kita kena terima hakikat dalam saingan ini melibatkan pasukan yang kuat.

"Tapi, kita kena positif dan cuba melakukan yang terbaik," katanya kepada pemberita di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hari ini.

Skuad kebangsaan akan mengharungi kelayakan Piala Asia 2015 dalam Kumpulan D yang turut membabitkan pasukan dari Qatar, Bahrain dan Yaman.

Dalam pada itu, ketika mengulas keraguan peminat terhadap kemampuan skuad kebangsaan, Rajagobal menegaskan, beliau akan mengambil cabaran itu dan membuktikan tahap kemampuan skuad Harimau Malaya.

"Semua orang akan bercakap, tetapi kita perlu sentiasa optimis. Dalam perlawanan bola sepak, ada kalah dan menang. Sebagai jurulatih, siapa yang mahukan kekalahan. Kita harus berfikiran terbuka.

"Jadi, saya berharap kami akan melakukan sesuatu dan pemain harus bersedia dari segi mental dan fizikal," jelas beliau.

Pada masa sama, Rajagobal turut menegaskan, beliau tidak mengamalkan dasar tutup pintu, malah sentiasa  mengutamakan pemain yang berjaya menampilkan persembahan mantap dalam saingan liga.

Katanya, peluang pemain lain untuk menyarung jersi pasukan Harimau Malaya masih terbuka luas.

"Setiap pemain ada peluang wakili skuad kebangsaan. Ramai orang cakap kenapa tidak ambil pemain itu dan pemain ini. Kita harus faham, level permainan peringkat domestik dan antarabangsa jauh berbeza.

"Mereka tidak terpilih bukan bermaksud tidak bagus tetapi perbezaan pengalaman yang memisahkan jurang antara pemain lain," ujarnya.

Tambah Rajagobal, "ada pemain ini sendiri akui dia tidak boleh sesuaikan diri dengan tahap perlawanan antarabangsa dan akur apa kehendak jurulatih."

"Apapun, saya akan pantau pemain yang bermain cemerlang pada saingan Liga Malaysia tahun ini,� katanya.

Sementara itu, dalam mengukuhkan prestasi pasukan FAM merancang mengadakan pertemuan persahabatan berdepan Iraq di Emiriah Arab Bersatu, 1 Februari ini.

Menurut Rajagobal, ini satu cabaran terbaik buat pemainnya menjelang pusingan kelayakan Piala Asia 2015 kerana Iraq antara pasukan terbaik di Asia.

Nafas baru The Red Giants


Nafas baru The Red Giants
Irfan (duduk, lima, kiri) bersama barisan kejurulatihan dan pemain Selangor bagi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC. Foto : Safwan Mansor
SELEPAS gagal memperolehi sebarang kejuaraan saingan Liga Malaysia 2012, pengurusan The Red Giants tampil  lebih komited dalam mempersiapkan pasukan bagi mencabar kejuaraan Liga Malaysia 2013.

Malah Presiden Persatuan Bola sepak Selangor (FAS), Tan Sri Abdul Khalid semasa melancarkan jersi baru Selangor baru-baru ini meletakan saranan satu piala sebagai hadiah kepada rakyat Selangor dibawa pulang The Red Giants sama ada Piala FA, Piala Liga Super, Piala Malaysia ataupun Piala AFC.

Skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim yang �lambat panas� musim lalu memantapkan setiap posisi pasukan dengan menampilkan 11 muka baru dan 12 muka lama untuk memperkuatkan juara 32 kali Piala Malaysia berkenaan.

Nilai tambah benteng terakhir Selangor, penjaga gol utama, Norazlan Razali bakal mendapat saingan terbaru apabila bekas penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli diambil memperkukuh bahagian berkenaan.

Jentera pertahanan pula mendapat nafas baru bekas tonggak pertahanan Harimau Muda A, Mahali Jasuli bakal bergandingan bersama pemain import dari Lebanon, Ramez Dayoub, Nasriq Baharom, Bunyamin Umar dan kapten  baru pasukan, Asraruddin Putra Omar.

Bahagian tengah pula kehadiran pemain sayap lincah Negeri Sembilan, S Kunanlan, bekas pemain tengah USM FC, S Veenod dan bekas sayap Harimau Muda, V Kavichelvan  bakal memberikan lebih sengat bahagian berkenaan.

Kehadiran tiga pemain berkenaan bakal mengisi kehilangan kapten pasukan yang juga pakar sepakan percuma, Safiq Rahim yang berhijrah ke Johor Darul Takzim FC bagi memperkuatkan cabaran Harimau Selatan berkenaan.

Bahagian serangan Selangor musim ini akan lebih menyengat dengan kehadiran bekas penyerang import Terengganu, Francis Forkey Doe yang  menggantikan Bosko Balaban.

Pemenang Anugerah Kasut Emas 2012 itu bakal digandingkan bersama bekas peledak Kuala Lumpur Afiq Azmi dan seorang lagi penyerang muda Wan Hoesne Wan Hussain mengisi slot bersama pemain berpengalaman Amri Yahyah.

Sementara untuk saingan Piala FA, juara lima kali Piala FA ini bakal berdepan juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada pusingan pertama Piala FA 2013 pada 25 Januari.

Bagi cabaran Piala AFC pula, Selangor yang mempunyai rekod terbaik apabila mara ke suku akhir pada 2006 bakal mempertaruhkan bekas pemain tengah Perak, Michal Kubala dan bekas pemain pertahanan Banska Bystrica, Peter Chrappan bagi mengalas cabaran pasukan.

Dollah Salleh: 'Hormat berpada'



Dollah SallehJurulatih pasukan Pahang, Dollah Salleh
�Tidak perlu terlalu menghormati lawan.

Itu pesan pengendali Pahang, Dollah Salleh kepada pemainnya yang akan bertemu, Johor Darul Takzim FC di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Meskipun lawan dibarisi ramai pemain berstatus bintang sehingga digelar sebagai Manchester City Malaysia, Dollah sedikit pun tidak gusar mengenai perkembangan tersebut.

Bahkan, bagi mereka, apa yang penting adalah fokus serta komitmen pemain pada pertemuan itu nanti.

�Pemain tidak perlu terlalu menghormati lawan ketika di atas padang. Ia hanya mengundang masalah dan akan menjadikan keadaan kucar-kacir.

�Cuma saya harapkan pertemuan itu nanti lebih baik berbanding dua aksi persahabatan sebelum ini,� katanya akui pemain import turut menunjukkan peningkatan memberangsangkan. Dollah turut  yakin pasukan kendaliannya mampu melakar sesuatu menjelang aksi pembukaan malam ini.