Thursday 10 January 2013

Keadaan Palestin Sebelum Dijajah Puak Zionis Tahun 1900

Beginilah keadaan Palestin  pada tahun 1900 sebelum penjajahan Israel. Terlihat jelas aktiviti warga Palestin yang normal seperti berniaga, beribadah dan sebagainya. Selain itu, keadaan warga Palestin yang maju terlihat dari bangunan dan gedung-gedungnya tidak seperti sekarang ini di mana semua itu dimusnahkan Zionis dan sekutunya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Filem Adam dan Hawa




Filem Adam dan Hawa akan muncul tidak lama lagi selepas berakhirnya drama Adam dan Hawa 80 episod. Drama bersiri yang mencetuskan fenomena iaitu Adam & Hawa dijangka diterbitkan dalam versi filem tidak lama lagi oleh GSC Gardens Mall.


Drama adam dan Hawa dibintangi antaranya Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin dan Anzalna Nasir, drama yang mula ditayangkan pada 27 Ogos tahun lalu itu berakhir pada Khamis(semalam).

Ia disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam selama 30 minit di Astro Mustika HD (saluran 134).


Jadi nantikan kemunculan Filem Adam dan Hawa tidak Lama lagi.

Hot! Awek Cium Mulut Ular

Ahak, amat teruja bila dilihat aksi awek tudung comel ini dengan selamber mencium seekor ular tedung kot. Kalaulah koz berada di tempat awek tu memang taknya hahaha...sanggup duduk 10 kilometer jauh dari ular ni hahaha..Tapi kalau koz berada di tempat ular tu ....nak...nak...hahahaha...

Budak Nakal Blogspot Berwajah Baru 2013


Salam semua, Alhamdulillah akhirnya dapat juga koz siapkan mengedit template blog koz yang sebelum ini agak tidak teratur. Agak lama tak sentuh code-code HTML blog ini...hihi... banyak juga mencari tutorial-tutorial dekat en Google kita selamatlah ada juga blogger-blogger lain yang sudi kongsikan ilmu-ilmu mereka kepada blogger-blogger lain, syabas.

Ahak tidak lama lagi Budak Nakal Blogspot akan mencapai Pageviews yang ke 3 000 000 juta...Aummm banyakkan? Biasalah sudah hampir ke tahun ke tiga kewujudan blog ini di dunia blogger. Agak-agak boleh di labelkan Blog Popular tak??hahaha berangan jek koz ni.

So..apa pandangan korang tentang Penampilan baru budak nakal ini?

KISAH BENAR : SAYA TIDAK MAHU TERLANJUR LAGI


Saya wanita berumur pertengahan 20-an, bekerja dan tinggal bersama keluarga serta masih belum berkahwin.

Sebelum ini saya mempunyai teman lelaki ketika belajar di universiti. Saya namakan dia A. Selepas beberapa lama berkawan, kami terlanjur. Saya rasa bersalah kerana itu kali pertama melakukannya.

Saya terus berkawan dengan A hinggalah saya mendapat tahu dia bertunang. Saya amat marah dan sedih kerana dia menipu saya.

Saya memutuskan perhubungan dengan A dan bertemu beberapa lelaki lain. Mulanya, saya amat menyukai dan ingin serius dengan seorang lelaki.

 Saya bersikap jujur dengannya dengan memberitahu bahawa saya pernah terlanjur. Saya ingatkan dia dapat menerima dengan hati terbuka malangnya ada maksud lain.

Dia juga ingin meniduri saya. Sejak itu, saya tidak mahu serius dengan sesiapa kerana menganggap lelaki hanya mengambil kesempatan.

Saya berasa diri amat hina sekali, walaupun solat lima waktu tapi tetap melakukan zina.

 Kali terakhir saya mempunyai teman lelaki, dia juga mahu meniduri saya lalu saya nekad memutuskan hubungan. Saya amat sedih.

Sejak dari itu saya berazam untuk berubah dengan menjauhkan diri daripada zina. Mujurlah saya mendapat kerja berhampiran rumah ibu bapa jadi pergerakan saya sedikit terbatas.

Namun, sejak akhir-akhir ini, hati saya teringin berkawan dengan lelaki tapi takut kerana teringat cerita lama. Saya sengaja menduga beberapa kenalan lelaki dengan mengatakan bahawa saya pernah terlanjur. Mereka juga seperti lelaki-lelaki sebelum ini, berniat jahat.

Saya tidak tahu sampai bila ia akan berterusan begini. Saya kasihankan ibu bapa yang sentiasa mendoakan saya diberikan suami yang baik.

Saya tidak tahu bagaimana harus saya luahkan. Saya tidak mahu berzina lagi, sebaliknya ingin berkawan dan bersikap jujur.

6 Bahagian Tubuh Wanita Yang Suka Dicium


Selain sentuhan, wanita juga suka dicium oleh pasangannya. Namun ciuman tersebut tidak hanya di mulut sahaja, ada juga bahagian tubuh lain yang wanita suka untuk dicium. Berikut adalah 6 bahagian yang suka diciumi oleh pasangannya :

1. Telinga
Telinga kerap jadi bahagian tubuh yang dilupakan untuk disentuh ketika lelaki melakukan fore play untuk pasangannya. Padahal dengan mencium di telinga, boleh meningkatkan libido wanita. Seperti dipetik askmen, cubalah mencium perlahan telinga pasangan anda dan rasakan sensasi yang akan diperolehi.

2. Belakang Leher
Salah satu cara yang paling mudah mendapatkan mood wanita untuk diajak bercinta adalah dengan mencium bahagian belakang lehernya. Mencium bahagian belakang leher ini boleh dilakukan apabila anda tiba-tiba ingin memberikan kejutan yang tidak. Sebagai contoh saja ketika dia tengah mencuci pinggan atau bekerja di depan komputer.

3. Wajah
Semasa mencium wanita di wajah, ciuman tersebut lebih dari sekadar ciuman. Ketika melakukannya, ada kehangatan yang dirasakan. Cuba cium pasangan dengan ringan dan lembut di bahagian pipi, dahi, dan garis rahangnya. Tetapi jangan sesekali menjilat wajahnya kerana sangat tidak seksi. Wajah pasangan anda sebaiknya dilayan dengan lembut.

4. Tulang Selangka
Semasa pasangan anda masih memakai baju, salah satu tempat yang cukup intim untuk dicium. Buat anda yang belum tahu, tulang selangka ada di dekat bahu. Tulang yang menonjol di bahagian bahu, itulah tulang selangka.

5. Punggung
Anda tentu tidak menyangka kalau punggung adalah salah satu kawasan sensitif wanita. Punggung boleh jadi sangat sensitif untuk wanita kerana bahagian tubuh tersebut sudah dekat dengan kawasan yang memang anda ingin datangi.

6. Payudara
Mencium payudara wanita boleh jadi sangat seksi. Namun kalau anda salah melakukannya, perkara tersebut boleh membuat wanita jadi hilang selera untuk bercinta. Jangan sesekali menggigit payudaranya jika memang pasangan anda bukan jenis orang yang suka itu.

Lagi artikel seks, klik SINI

Elavarasan puas hati komitmen skuad Penyu


Elavarasan puas hati komitmen skuad Penyu
Ismail Faruqi (kiri) muncul wira skuad Penyu setelah bejaya menyamakan kedudukan 1-1 ketika menentang Felda United, kelmarin.- FOTO: FAIZOL ANUAR
PENGENDALI pasukan Terengganu, E Elavarasan tetap berpuas hati komitmen ditunjukkan barisan anak buahnya meskipun sekadar seri 1-1 menentang Felda United, di Kuala Terengganu kelmarin, lapor ZUBIR SULAIMAN.

Malah, bekas jurulatih Felda United, Melaka dan Public Bank FC itu optimis pasukannya mampu bangkit sekali gus mempamerkan prestasi lebih memberangsangkan dalam aksi seterusnya.

"Pemain cuba jaringkan gol dan menguasai perlawanan pada babak pertama. Tapi, ketumpulan barisan penyudah menghalang kita menambah jaringan.

"Benteng pertahanan kita juga kurang fokus hingga membenarkan penyerang mereka, Mohammed Ghaddar berjaya membolosi gawang," katanya.

Untuk pertemuan seterusnya, Elavarasan akui mahu merombak sedikit formasi dan berharap pemain memperbaiki persefahaman menjelang aksi kedua liga dalam kunjungan ke Paroi berdepan Negeri Sembilan, esok.

FAM: Mat Yo hanya perlu bayar RM299,000


Norshahrul Idlan Talaha (Matyo)
Penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (Matyo)
NORSHAHRUL Idlan Talaha, yang turut dikenali sebagai Mat Yo, hanya perlu membayar RM299,000 kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), bukannya RM1 juta seperti yang dituntut oleh badan itu baru-baru ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan.


"Apabila seorang pemain menamatkan kontrak sebelah pihak dengan pasukannya, pemain tersebut hanya perlu membayar bayaran tebus kontrak sahaja.
"Pasukan asal tidak berhak menuntut bayaran perpindahan, jadi Kelantan hanya berhak menuntut tebusan (nilai)kontrak kepada Mat Yo (yang berbaki) selama 13 bulan sahaja.

"Maka jawatankuasa yang bersidang hari ini memutuskan bahawa bayaran yang dituntut Kafa  tidak dapat dibenarkan kerana ia bukan melibatkan perpindahan pemain, ia cuma tamat kontrak ," katanya ketika pemberita di Wisma FAM, hari ini.

Polis Tembak Mati Dua Daripada Tujuh Suspek Loloskan Diri Daripada Tahanan


BUKIT MERTAJAM: Polis menembak mati dua daripada tujuh penjenayah yang diburu setelah meloloskan diri daripada tahanan ketika dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth Isnin lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kedua-dua penjenayah itu ialah Mohd Fairuz Adam yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, juga daripada geng Joe Mafia.
"Siasatan awal polis mendapati mereka cuba keluar dari negeri ini. Kereta yang digunakan pula dipercayai diperoleh daripada geng Joe Mafia yang masih bebas," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, Khamis.
Beliau berkata polis menerima maklumat mengenai dua penjenayah itu pada pukul 12.30 tengah hari di sekitar Kubang Semang dan berjaya menjejaki mereka 15 minit kemudian.
Polis berjaya menembak mati dua daripada tujuh tahanan yang melarikan diri.
"Polis mengarahkan mereka memberhentikan kenderaan tetapi mereka ingkar dan terus memecutkan kereta menghala ke Kampung Padang Ibu berhampiran Kampung Pelet.
"Penjenayah itu kemudiannya masuk ke laluan mini tar (jalan kampung) dan polis terus mengejar mereka lebih kurang tiga kilometer lagi sebelum melepaskan tembakan pada tayar kereta menyebabkan pemandunya hilang kawalan," katanya.
Beliau berkata, kereta yang dinaiki penjenayah itu kemudiannya terbabas ke tebing tali air dan di situ berlaku tembak menembak dengan anggota polis yang mengejar mereka.
Siasatan awal polis mendapati pistol yang digunakan oleh penjenayah berkenaan diperolehi daripada geng Joe Mafia.
Abdul Rahim berkata, polis kini meneruskan usaha memburu lima lagi penjenayah yang masih bebas dan operasi itu membabitkan 259 anggota termasuk daripada Unit Udara dan Pasukan Gerakan Am (PGA).
Polis menggunakan anjing daripada Unit K9 untuk mengesan suspek yang melarikan diri di kawasan ladang kelapa sawit.
"Kesemua penjenayah ini bergerak dalam dua kumpulan, satu kumpulan adalah geng Joe Mafia yang berjaya ditembak mati hari ini manakala lima lagi bergerak dalam kumpulan lain. Kami nasihatkan mereka menyerah diri," katanya.
Beliau berkata, polis juga menerima maklumat awam mengenai seorang daripada penjenayah iaitu Mohd Sharimy Nor didapati membeli bekalan makanan di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Kulim-Butterworth dekat sini pada pukul 2 pagi.
Abdul Rahim turut menasihat orang awam agar tidak memberi perlindungan kepada lima penjenayah terbabit dan jika didapati ada yang memberi perlindungan, mereka akan didakwa mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan.
"Siasatan polis juga mendapati ada orang awam yang memberi penjenayah ini makanan seperti roti, kami harap orang awam dapat beri kerjasama kepada polis," katanya.
Dalam kejadian pada jam 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.
Dua daripada tahanan berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor, manakala tujuh lagi melarikan diri ke sekitar kawasan ladang sawit di Ara Kuda. BERNAMA