Thursday 10 January 2013

Elavarasan puas hati komitmen skuad Penyu


Elavarasan puas hati komitmen skuad Penyu
Ismail Faruqi (kiri) muncul wira skuad Penyu setelah bejaya menyamakan kedudukan 1-1 ketika menentang Felda United, kelmarin.- FOTO: FAIZOL ANUAR
PENGENDALI pasukan Terengganu, E Elavarasan tetap berpuas hati komitmen ditunjukkan barisan anak buahnya meskipun sekadar seri 1-1 menentang Felda United, di Kuala Terengganu kelmarin, lapor ZUBIR SULAIMAN.

Malah, bekas jurulatih Felda United, Melaka dan Public Bank FC itu optimis pasukannya mampu bangkit sekali gus mempamerkan prestasi lebih memberangsangkan dalam aksi seterusnya.

"Pemain cuba jaringkan gol dan menguasai perlawanan pada babak pertama. Tapi, ketumpulan barisan penyudah menghalang kita menambah jaringan.

"Benteng pertahanan kita juga kurang fokus hingga membenarkan penyerang mereka, Mohammed Ghaddar berjaya membolosi gawang," katanya.

Untuk pertemuan seterusnya, Elavarasan akui mahu merombak sedikit formasi dan berharap pemain memperbaiki persefahaman menjelang aksi kedua liga dalam kunjungan ke Paroi berdepan Negeri Sembilan, esok.

No comments:

Post a Comment