Wednesday 17 October 2012

Neelofa Selesa Dengan Hans Isaac



Neelofa menganggap Hans Isaac sebagai rakan rapatnya yang sentiasa dihubunginya jika ada kelapangan kerana dia berasa selesa berkawan rapat dengan Hans Isaac.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, berkata, Hans merupakan rakan lelaki yang akan dihubunginya apabila dia tidak terlibat dengan sebarang penggambaran.

Justeru, kata Neelofa, dia tidak menafikan mereka pernah keluar bersiar-siar pada waktu terluang.

"Saya tidak mahu mengiakan atau menafikan apa-apa terjadi tetapi Hans adalah di kalangan kenalan rapat saya," katanya.

Neelofa berkata, selepas ini dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan kisah cinta bersama Hans kerana mahu memberikan tumpuan kepada kerjaya terlebih dahulu.

"Saya tidak mahu perkara ini meleret-leret dan saya perlu hormati perasaan Hans yang baru kematian ibunya, baru-baru ini," katanya.

Hot! Neelofa dan Awal Ashaari pengacara ASK 2012



Dua pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari dan Neelofa yang julung kali digandingkan mengakui berdebar untuk mengendalikan malam Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012) yang akan berlangsung pada 9 November depan.

Awal, 31, berkata, tema "Selami Dunia Fantasi Kami" yang menjadi tema anugerah kali ini mempunyai cabaran tersendiri kerana ia berbeza daripada mana-mana acara anugerah sebelum ini.

"Malam itu (ASK 2012) nanti akan berbeza daripada mana-mana malam anugerah yang lain kerana ia berlangsung dengan konsep seperti sebuah pementasan teater.

"Secara peribadi, saya tidak menganggap ia sebagai majlis anugerah tetapi sebuah pementasan teater kerana ia bukan sahaja membabitkan pengacaraan malah lakonan daripada jalan cerita yang dibina berdasarkan konsep fantasi itu," katanya.

Awal berkata demikian ketika ditemui pada sidang media majlis pelancaran ASK 2012 di Hotel Royale Bintang, Mutiara Damansara di sini, petang Rabu.

Gandingannya, Neelofa pula berkata, peluang yang diberikan TV3 untuk mengemudi anugerah berprestij itu satu penghormatan bagi pendatang baru sepertinya.

"Ketika pihak TV3 menawarkan saya untuk mengacarakan ASK 2012 pada April lalu, saya berasa bimbang kerana masih baru dalam bidang ini tetapi mereka tidak memberitahu mengenai tema pada tahun ini.

"Apabila mereka memaklumkan mengenai konsep anugerah, saya berasa agak lega kerana tugas saya nanti tidak hanya bertumpu pada pengacaraan malah membabitkan lakonan juga.

"Saya perlu bijak untuk mengadun kemahiran mengacara dengan konsep fantasi yang diangkat pada kali ini," katanya.

Kata Neelofa, mereka perlu menjalani sesi latihan selama sembilan hari bermula 1 hingga 9 November depan sebagai persiapan mengacarakan malam anugerah itu.

Dalam pada itu Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, berkata, tema itu menjadi pilihan bagi mengembangkan imaginasi dan kreativiti produksi ASK 2012 dalam mempersembahkan konsep yang berbeza.

"Kami mahu mencabar kemampuan dan kreativiti untuk memaparkan sebuah konsep yang jauh daripada realiti. Ia seperti satu fantasi untuk 'keluar' seketika daripada realiti sebenar kehidupan.

"Pada awalnya, saya bimbang sejauh mana tema itu mampu dilaksanakan tetapi nampaknya berdasarkan gimik ringkas pada pelancaran tadi, saya percaya malam anugerah nanti akan berbeza," katanya.

ASK 2012 yang memasuki tahun ke-14 penganjurannya mempertandingkan 23 kategori meliputi telefilem, drama bersiri, filem dan penerbitan program dalaman stesen-stesen televisyen (TV) yang turut serta.

Ia turut menawarkan dua anugerah khas seperti sebelum ini iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene.

Kesemua 23 kategori yang dipertaruhkan termasuklah 10 kategori telefilem/drama, tujuh kategori filem dan enam kategori penerbitan dalaman.

Karya-karya yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang ditayangkan di TV dan pawagam mulai 1 Julai 2011 hingga 30 Jun 2012.

Setiap pencalonan adalah berdasarkan catatan jumlah penonton yang diraih mengikut kajian Nielsen Audience Measurement bagi tempoh terbabit.

Sebanyak 18 telefilem, 14 drama bersiri/ rantaian, empat drama komedi dan 34 filem dipertandingkan untuk pencalonan awal.

Selain Awal dan Neelofa, acara karpet merah akan dikendalikan Karl Shafek dan Dynas Mokhtar bersama Juara Pencarian Hos Pantene ASK tahun ini.

Antara barisan artis yang akan membuat persembahan pada malam ASK 2012 adalah Datuk M. Nasir, Misha Omar, Hazama, Tomok, Fizz Fairuz, Hafiz (AF7), Adibah Noor dan Dayang Nurfaizah.

Majlis pelancaran pada petang Rabu turut diserikan oleh tiga persembahan iaitu sketsa bertemakan fantasi oleh pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) bimbingan pengarah teater Rosminah Tahir dan persembahan nyanyian Misha Omar menerusi lagu Kerana dan Hazama Azmi (Majnun).

sumber mStar

Video Hot! Penumpang terjun dari Kapal Terbang


Kali ini koz nak kongsikan dengan korang Video penumpang terjun keluar dari kapal terbang. Memang dasyat bunyinya, ahak jadi layanlah ya.

Soo Wincci sanggup berkorban masa dan cinta



Soo Wincci sanggup berkorban masa dan cintanya demi mengukuhkan kerjaya seninya yang kian berkembang dalam nyayian dan lakonan.

"Saya tidak kisah kurang rehat kerana melakukan banyak perkara berkaitan kerja dan urusan peribadi serentak. Memandangkan kerjaya sedang berkembang, saya perlu fokus walaupun kadang-kadang saya hanya tidur dua jam sehari.

"Malah, saya juga tiada masa untuk menjalin hubungan ketika ini selepas putus cinta kira-kira setahun lalu kerana bekas kekasih tidak boleh menerima kerjaya yang saya ceburi," ujarnya.

Soo Wincci bakal mengeluarkan album dalam bahasa Mandarin.

"Saya bakal mengeluarkan album bahasa Mandarin tidak lama lagi kerana salah sebuah lagu dalam album itu dipilih sebagai lagu tema drama bersiri di sana," jelasnya.

"Saya suka dengan hasil klip video laguTerus Teranglah yang menampilkan Joe Flizzow. Hasrat kami untuk menghasilkan klip video yang kelihatan antarabangsa menjadi kenyataan.

"Namun, saya risau juga dengan babak saya di dalam tab mandi yang kelihatan seksi. Kami perlu berhati-hati demi menjaga sensitiviti masyarakat dan mengelakkan kontroversi.

"Lagu ini pun sudah mula diputarkan di radio, jadi dengan adanya klip video ini dapat melengkapkan lagi lagu ini untuk kepuasan peminat,"

mStar Online.