Thursday 25 October 2012

Gempar! Lembu Panjat Bumbung

Ingatkan kucing je boleh panjat bumbung umah, rupa-rupanya lembu pun boleh panjat ya. Ahak tak nak turun ke??Ke tak berani nak turun time raya Qurban ni?hihi

Berita penting Harap disebarkan!


Allahu akbar 3x! Berita penting, harap sebarkan! Pasti terjadi! Kita akan bemandi darah di seluruh negara. Kepada semua orang islam, siap sedia dan asah parang, keris, pisau dan senjata tajam yang lain sekarang , Kita akan sembelih lembu, kambing,kerbau,kibas dan unta. Kita buat Sup dan makan ramai-ramai.
Selamat Hari Raya Qurban Semua...^^

Hazama Azmi berlakon filem Apa Celop Toqq


Penyanyi Hazama Azmi mengakui malu menonton lakonan pertamanya dalam filem Apa Celop Toqq semasa tayangan perdana filem arahan Ahmad Idham itu malam Selasa lalu.

Hazama bagaimanapun berkata, dia tidak menyangka akan bergelar pelakon kerana tidak pernah mendapat tawaran daripada mana-mana pengarah sebelum ini.

"Saya berasa malu sebenarnya melihat lakonan saya sendiri kerana gementar dengan reaksi orang lain yang melihat saya di skrin besar itu," katanya kepada mStar Online.

Hazama yang memegang watak utama dalam filem berkenaan turut digandingkan dengan Intan Ladyana, Taiyuddin Bakar dan Azad Jazmin.

Apa Celop Toqq mengisahkan mengenai seorang anak muda lakonan Hazama yang sering terlibat dengan mat rempit namun memasang impian untuk menjadi penyanyi.

Ia akan di tayangkan di 68 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula Khamis (hari ini).

Dalam pada itu, Hazama berkata, walaupun mengalami sedikit kesukaran ketika berada di set penggambaran dia bersyukur kerana dikelilingi oleh ramai pelakon-pelakon yang banyak membantu dirinya dalam memberikan hasil terbaik untuk filem itu.

Kata Hazama, Idham selaku pengarah juga banyak memberikan input kepadanya supaya lebih fokus terhadap penggambaran.

"Saya tidak pernah menyangka akan ada pengarah yang berani mengambil saya untuk berlakon kerana saya langsung tidak ada pengalaman.

"Bagaimanapun ini adalah satu pengalaman dan proses pembelajaran buat saya untuk menjadi artis yang lebih baik," katanya.

Tambah Hazama, dia tidak berfikir lama untuk bersetuju terlibat dalam filem berkenaan kerana yakin ia akan memberi pengalaman baru buat dirinya.

Sementara itu, Hazama memberitahu dia mahu lebih serius dalam dunia lakonan selepas ini namun nyanyian masih menjadi keutamaan.

Dalam perkembangan lain, Hazama bakal muncul dengan filem keduanya berjudul Lari arahan Idham selain sedang merakamkan album pertamanya yang akan dilancarkan pada akhir tahun ini.