Wednesday 5 December 2012

Gambar Afdlin Shauki di Gaza


Sebentar tadi Afdlin Shauki telah kongsikan beberapa keping gambar rombongannya di semenanjung Gaza.

Antara artis yang berada di sana bersama-sama rombongan adalah Afdlin Shauki, Bront Palare, Zain Saidin, Heliza Helmi, Amin dan Ustaz Mohsen. Doakan moga urusan mereka di sana di permudahkan...






Heliza Helmi Terbang ke Gaza



Info terkini mengatakan Artis bernama Heliza Helmi telah pun terbang ke Kaherah untuk Misi Solidariti Gaza bersama-sama peserta Misi Solidariti Gaza.

Lbih kurang 111 orang telah pun menyertai Misi Solidariti Gaza ini dan 61 orang peserta telah pun berlepas menggunakan penerbangan Etihad pada jam 8 malam tadi. Heliza Helmi dan juga beberapa peserta yang lain menggunakan Egypt Air dan telah berlepas pada jam 10 malam tadi.


Marilah kita bersama-sama mendoakan semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan mereka disana dan semoga mereka selamat tiba di tanah air kembali.

Siti Nurhaliza Lelong Tudung Bantu Pesakit HIV/AIDS



Datuk Siti Nurhaliza Taruddin akan mengutip dana untuk dua buah pertubuhan kebajikan iaitu Yayasan AIDS Malaysia dan Yayasan Ihtimam Malaysia dengan cara melelong dua pasang tudung miliknya rekaan jenama Fareeda pada malam Persembahan Makan Malam Amal Tahajjud Cinta.

Siti berkata, tudung yang bakal digayakan pada persembahan itu nanti akan mendapat sentuhannya sendiri dari segi rekaan mengikut citarasanya denan bantuan Fareeda.

"Insya Allah saya akan mereka khas tudung untuk malam persembahan itu yang akan dilelong selain tudung yang saya pakai pada sidang media ini turut dilelong.

"Kedua-dua tudung tersebut adalah direka khas dan tidak dijual dalam rangkaian jenama popular itu," jelasnya.

Siti ditemui selepas sidang media persembahan tersebut yang bakal diadakan pada 30 Januari 2013 di Hotel Grand Hyatt pada pukul 8 malam.

Dalam pada itu, Siti berkata, sebagai Selebriti Sokongan Riben Merah Yayasan AIDS Malaysia sejak 2009 beliau sentiasa terbuka kepada program-progam bersifat amal dan sekaligus dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Ujar Siti, dia berbangga dapat memberikan sedikit bantuan untuk mengutip dana buat pesakit AIDS dan berharap persembahan itu nanti dapat mengumpul dana sebanyak mungkin.

"Stigma masyarakat terhadap pesakit HIV/AIDS masih menebal dalam masyarakat Malaysia.

"Selain membantu mengutip dana untuk membantu mereka, diharap makan malam amal itu nanti dapat mengubah pandangan masyarakat kita mengenai mereka.

"Perjuangan orang yang hidup dengan HIV/AIDS sentiasa menjadi perhatian saya dan pembabitan siti dalam program selebriti sokongan telah membuka mata saya tentang realiti golongan itu," jelasnya.

Sementara itu, Siti berkata beliau akan mengadakan persembahan selama 30 minit dengan mengangkat tema kerohanian daripada album Tahajjud Cinta yang pernah dikeluarkan pada tahun 2009.

Tambah Siti, persembahan itu nanti turut diiringi oleh kumpulan Mohram dan susunan muzik oleh pengarah muzik terkenal, Aubrey Suwito.

"Selain mempersembahkan lagu-lagu daripada album Tahajjud Cinta, saya turut akan menyampaikan beberapa lagu terkini yang sesuai dengan tema persembahan iaitu kerohanian," jelasnya.

Hasil kutipan daripada persembahan itu nanti akan disalurkan untuk pembangunan program-program pendidikan, pencegahan, rawatan, jagaan dan sokongan bagi membantu golongan penghidap HIV/AIDS di Malaysia termasuk pembinaan sebuah rumah perlindungan untuk wanita dan kanak-kanak di Kelantan.

Persembahan Makan Malam Amal itu nanti turut mendapat tajaan penuh daripada jenama tudung Fareeda dan Hotel Grand Hyatt.

Tempahan meja untuk persembahan itu nanti telah pun dibuka dan meja berharga RM35,000 bagi kategori Berlian, RM20,000 kategori Platinum dan RM10,000 kategori Emas.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jasmin Jalil di Yayasan AIDS Malaysia menerusi talian 03-4047 4311 atau e-mel jasmin@mac.org.my atau Johary Jalil 03-40474277 atau johary@mac.org.my.

sumber Mstar

Fasha Sandha dilarang belai kucing


Fasha Sandha dilarang oleh suaminya iaitu Jejai  untuk membelai dan bermain dengan kucing belaannya. Fasha Sandha berasa sedih kerana tidak dapat bermesra dengan kucing-kucing peliharaannya.

Dikatakan sejak Fasha mula hamil lagi Jejai tidak membenarkan Fasha menyentuh malah melihat kucing-kucingnya sebanyak 13 ekor itu.

"Rasa sedih sangat apabila hubungan saya dengan kucing-kucing terjejas sedangkan sebelum ini saya sering bercakap dengan mereka.

"Malah Jejai telah meletakkan kesemua kucing kami itu di sebuah bilik tingkat atas rumah kami dan dia tidak membenarkan saya naik melihat mereka langsung.


Fasha dan Jejai sedang menanti saat-saat bahagia untuk menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.

"Kadang-kala pernah terfikir juga nak melihat kucing-kucing itu, ketika ketiadaan Jejai, tetapi dah dikira deharka pada suamilah pula," katanya.

Tambah Fasha, suaminya itu risau sekiranya kuman yang terdapat pada kucing boleh berjangkit dan pelakon itu mungkin boleh terkena penyakit sekiranya tidak berjaga-jaga.

"Saya percaya mereka (kucing) pasti merindukan saya. Mana tidaknya, sayalah orang yang menjaga makan, minum serta kebersihan mereka.

"Malah saya turut memandikan mereka sendiri setiap seekor tanpa menghantar ke kedai langsung," ujarnya.

Bagaimanapun, Fasha tidak tahu adakah Jejai membenarkannya dia bermain dengan kucing lagi selepas bersalin kelak.

"Entahlah, kata orang, bila dah bersalin nanti, memang kena elakkan kucing datang dekat dengan bayi kita kerana takut terkena jangkitan kuman, tengoklah macam mana situasinya nanti," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Fasha yang kini mengandung lima bulan itu bakal menjadi duta kepada dua produk ternama kecantikan dan barangan bayi.


Admin: Itu tandanya Jejai sangat ambil berat akan kesihatan Fasha Sanda^^..

Wan Zack Haikal tercedera


Pemain bola sepak Harimau Malaya Wan Zack Haikal kini telah mengalami kecederaan semasa sesi latihan. Kemungkinan Wan Zack tidak dapat diturunkan dalam kesebelasan untuk menentang Thailand pada hari sabtu ini dalam pusingan separuh Akhir AFF Suzuki 2012.

Kini empat pemain skuad Harimau Malaysa telah pun mengalami kecederaan antaranya Safee Sali, S Kunanlan, Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan Shakir Shaari.