Friday 7 December 2012

Kad Jemputan Kahwin Khairul Fahmi dan Leuniey



Walaupun sibuk memberikan fokus dan tumpuan terhadap perlawanan Piala AFF Suzuki 2012. Khairul Fahmi Che Mat tetap berhasrat untuk menghantar kad jemputan secara peribadi apabila dia tamat dengan perjuangan Piala AFF Suzuki nanti.


"Ketika ini, kad jemputan sudah pun mula dihantar oleh Leuniey dan keluarga saya. Untuk majlis resepsi di Kuala Lumpur, pengurus saya yang menguruskan segalanya. Namun, Insya-Allah, saya akan meluangkan masa seketika untuk menghantar sendiri kad jemputan saya kepada jemputan istimewa," katanya.

Meneruskan penjelasan, Apex rasa bersyukur kerana kad yang direka LH Creative Concept ini memenuhi citarasa dia dengan Leuniey.

"Seperti yang saya sudah maklumkan sebelum ini, hanya pihak tertentu saja yang bakal dijemput untuk majlis resepsi yang bakal diadakan di The Royale Bintang Hotel, Damansara pada 13 Januari depan.

"Bagi peminat yang ingin menghadirkan diri ke majlis resepsi ini, anda semua boleh mengikuti kempen peraduan yang dianjurkan oleh murai.com.my dan radio Era FM.

"THR Gegar pula akan memberikan jemputan eksklusif di Hotel Renaissance, Kelantan yang dijadualkan berlangsung pada 30 Disember 2012," jelasnya.

Apa yang pasti, pihak yang menerima kad jemputan majlis resepsi di Kuala Lumpur perlu membuat RSVP kepada pengurus peribadi Apex sebelum 1 Januari 2013.

Vince Merasai diri sudah Matang



Kematangan diri Vince baru sahaja dapat dirasai dirinya selepas lapan tahun menjalani karier seni muzik tanah air sejurus selepas menjuarai pertandingan realiti popular Akademi Fantasia musim pertama.

Vince berkata, kematangannya itu dapat dilihat daripada segi karakternya sendiri, penyampaian persembahan nyanyian dan perkembangan ilmu muzik yang diperoleh.

"Saya percaya setiap orang mempunyai jangka masa tertentu untuk menjadi matang. Begitu juga dengan saya, mungkin agak lewat sedikit, tetapi sepanjang lapan tahun bergelar insan seni, saya berasa lebih matang daripada biasa.

"Dalam erti kata lain, sekarang ini saya berani bersuara memberikan pendapat dan idea serta mempunyai keyakinan diri yang lebih.

"Apa yang penting saya dapat rasakan pengalaman muzik saya sudah berada di satu tahap baru di mana saya faham tentang kekuatan dan kelemahan vokal diri," katanya yang ditemui di Bangsar Village, di sini, petang Jumaat.

Norman Hakim Bakal Dapat Anak Lelaki


Norman Hakim gembira setelah mengetahui isterinya iaitu Memey Suhaiza yang sedang hamil tujuh bulan bakal melahirkan anak lelaki.

Memey, 24, berkata, ini kerana suaminya memang sudah lama berhasrat untuk menimang seorang lagi anak lelaki selepas mendapat anak sulungnya bersama bekas isteri, Abby Abadi iaitu Mohamed Danish Hakim, 8.

"Abang Norman adalah insan paling teruja sekali apabila doktor memberitahu kami bakal mendapat anak lelaki selain anak-anak yang tidak sabar untuk bertemu dengan adik baaru mereka," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Selain Mohamed Danish Hakim, Norman turut mempunyai dua lagi cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama bekas isterinya iaitu Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3.

Norman dan Memey berkahwin pada 24 September tahun lalu.

Dalam pada itu, Memey yang dijangka bersalin pada Februari depan memberitahu dia akan melahirkan bayi tersebut di Hospital Kohilal, Taman Melawati, dekat sini yang turut menjadi lokasi kelahiran anak-anak tirinya sebelum ini.

"Suami sudah terbiasa dengan hospital itu kerana kesemua anak-anaknya bersama Abby dilahirkan di hospital tersebut dan saya berharap semuanya akan berjalan lancar nanti," katanya.

Tambah Memey, dia juga akan menjalani proses pantang di Kuala Lumpur dan ibunya dari Felda Tenggaroh, Johor akan menjaganya sepanjang tempoh itu.

Sementara itu, Memey berkata, dia dan Norman telah memilih beberapa nama yang dikira sesuai untuk anak mereka itu nanti namun masih belum membuat keputusan tentang nama yang akan dipilih.

Tambahnya lagi, dia kini sedang sibuk membuat persiapan seperti membeli kelengkapan dan baju yang sesuai untuk menyambut orang baru dalam hidup mereka.

"Mungkin selepas melihat wajahnya akan mendapat jawapan nama apakah yang sesuai tetapi buat masa ini ada beberapa nama telah dipilih," katanya.