Saturday 8 December 2012

Malaysia Vs Thailand 9 Desember 2012 - Live Streaming


Live Streaming Malaysia Vs Thailand 9 Desember 2012 -Perlawanan Separuh akhir diantara Malaysia Lawan Thailand akan berlangsung pada pukul 8.00 malam di Stadium Bukit Jalil. Perlawanan ini akan bersiaran lansung di Astro ESPN dan TV1. 
Jadi marilah beramai-ramai memberi semangat untuk pasukan kita dan semoga Pasukan Harimau Malaya kita dapat mempamirkan permainan yang terbaik dan menang dalam perlawanan ini.

Malaysia vs Thailand Piala AFF 2012 Separuh Akhir


Malaysia Vs Thailand 13 Desember 2012 - Live Streaming (NEW!)

http://kozumiro.blogspot.com/2012/12/malaysia-vs-thailand-13-desember-2012.html



LINK 1, LINK 2, LINK 3, LINK 4, LINK 5LINK 6LINK 7


Ainan Tasneem bakat dalam Nyanyian




Ainan Tasneem setelah mula memperkenalkan bakat nyanyiannya menerusi laman sosial Facebook dan Youtube, penyanyi Ainan Tasneem tidak pernah menyangka dirinya kini sudah memiliki karier nyanyian yang tersendiri.



Hanya bermula dengan sekadar suka-suka, akhirnya lagu yang dicipta Aku Suka Dia telah berjaya menarik perhatian peminat muzik tempatan sehingga nama dan lagunya menjadi topik perbualan hangat di dalam industri.

Setelah single pertama yang dicipta berjaya mencuri tumpuan pendengar sehingga sambutan yang diterima berada di luar jangkaannya, kini Ainan terus mengembangkan bakat dalam bidang muzik dengan lagu terbarunya berjudul Kamu Sahaja.

Rajagobal pasti Malaysia dapat kalahkan Thailand



Datuk K. Rajagobal iaitu ketua jurulatih bola sepak kebangsaan yakin anak buahnya berupaya menundukkan Thailand pada kejohanan Piala AFF Suzuki walaupun Malaysia tidak pernah mencapai kemenangan dalam perlawanan dengan negara itu sejak 2004.

Malaysia dan Thailand akan bertemu pada perlawanan separuh akhir pertama kejohanan itu di Stadium Nasional di Bukit Jalil malam esok.

Rajagobal bagaimanapun berkata jika diambil kira rekod tanpa kalah Thailand dalam perlawanan Kumpulan A di Bangkok baru-baru ini, maka pasukan yang dibimbing jurulatih dari Jerman, Winfried Schafer itu mempunyai kelebihan untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir.

"Mereka (Thailand) juga mempunyai pemain yang hebat di semua bahagian dan oleh itu saya harap para pemain akan memberi tumpuan penuh kepada perlawanan penting ini.

"Saya percaya anak buah saya mampu mencapai keputusan baik pada perlawanan esok dan saya amat berharap mereka akan mempamerkan permainan baik apabila berdepan dengan Thailand," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat para pengurus pasukan di Seri Kembangan, dekat sini, hari ini.

Rajagobal berkata musim hujan yang sedang melanda ibu negara sekarang tidak memberi kelebihan kepada Malaysia untuk mencatat kemenangan selesa kerana lawan mereka juga bermain dalam keadaan serupa ketika bertemu Filipina di Bangkok pada 24 November.

Sementara itu, pengurus pasukan kebangsaan Datuk Seri Subahan Kamal yakin skuad negara mampu menempah tiket ke perlawanan akhir memandangkan kini mereka hanya berada beberapa langkah sahaja untuk mempertahan gelaran juara yang diraih untuk julung kalinya di Indonesia pada 2010.

"Kita hanya meletakkan sasaran separuh akhir pada permulaan kejohanan, namun kita semakin menghampiri kemuncak kejohanan.

"Kalau kita dapat keputusan bagus pada perlawanan malam esok, Insya-Allah, saya yakin bahawa pasukan kita berpeluang cerah untuk muncul juara buat kali kedua," katanya.

Beliau turut menyeru 'pemain ke-12' iaitu penyokong tempatan supaya membanjiri Stadium Nasional malam esok untuk memberi sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya seperti yang mereka lakukan pada perlawanan skuad itu dengan Indonesia pada 1 Disember.

"Kalau penyokong tempatan memenuhi stadium esok, saya yakin ia akan memberikan satu semangat yang amat luar biasa kepada para pemain, namun saya turut berharap mereka (penyokong) datang dengan cara berhemah kerana Thailand datang ke negara ini sebagai tetamu yang harus diberi layanan dengan baik," katanya.

Sementara itu, Schafer berkata rekod tanpa kalah Thailand dalam kesemua tiga perlawanan yang dilaluinya sebelum ini menjadi fakor penting yang meyakinkan pasukan itu bahawa mereka mempunyai peluang lebih baik berbanding Malaysia untuk mara ke perlawanan akhir.

"Saya boleh mengatakan peluang kami ialah 50-50 kerana Malaysia juga merupakan pasukan kuat dan saya mengingatkan para pemain saya supaya berwaspada dengan ancaman berbahaya daripada barisan serangan Malaysia.

"Satu lagi faktor ialah bukan sesuatu yang mudah bermain di hadapan penonton yang memenuhi stadium seperti yang saya saksikan ketika Malaysia menentang Indonesia sebelum ini," katanya sambil menyatakan bahawa Thailand akan menurunkan semua pemain utamanya pada perlawanan esok.

Untuk rekod, Malaysia kalah 0-2 kepada Thailand pada perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2000 di Bangkok (dahulunya dikenali sebagai Tiger Cup). - Bernama

Afdlin Shauki bersama rombongan Nyaris di Bom F16


Sedia maklum Afdlin Shauki dan rombongan mereka yang pergi ke Gaza untuk membantu dan memberi bantuan kepada rakyat Palestin disana diikuti dengan penuh teliti oleh rakan wartawan di Malaysia.

Kisah terbaru disana agak  mencemaskan apabila kenderaan rombongan Afdlin Shauki di Gaza  hampir-hampir di bom oleh sebuah jet pejuang Israel iaitu F16.

�Alhamdulillah, kami semua selamat dan meneruskan misi memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Dalam pada itu Afdlin sempat memberikan komen beliau mengenai kehidupan orang Islam disana.

�Belum pernah lagi saya berjumpa dengan masyarakat kental seperti rakyat Palestin. Mereka peramah dan sentiasa tersenyum. Malah sering melambai-lambai tangan apabila melihat kenderaan kami.

�Mereka juga bukan orang yang meminta sedekah. Kanak-kanak tidak pun meminta-minta. Ada di antara kami yang telah memberikan sesuatu tetapi mereka menolak.

�Apabila kami menerangkan ia sebuah hadiah, barulah barang yang diberi itu diambil,� katanya menerusi akaun laman Facebook miliknya.

�Malah kami turut menziarahi kanak-kanak yatim piatu dengan menghibur dan mengajar mereka cara-cara untuk melukis dan belajar Bahasa Inggeris.


�Rasa macam tak nak balik. Kanak-kanak itu mahu kami datang setiap hari untuk mengajar mereka,� tuturnya.

Sumber Forblogger.net