Salam semua, time berblogwalking tadi teringat koz semasa mula-mula berjinak dalam dunia blogger ini. Terasa banyak sangat perubahan yang telah blog koz capai. Masa mula-mula berblog memang blur abis bila disebut teknik SEO on page ke off page ke, Meta tags, dll.
Dulu-dulu kalau diingatkan trafik blog agak sikit, yang paling tinggi pun 200pv-300pv sahaja sewaktu itu. Tapi terkini trafik blog ini meningkat dengan mendadak sehari boleh capai 7000pv-10 000pv, Alhamdulillah.
Sekarang total pageview blog ini pun sudah 2.3 juta pv. Makin
Apa yang koz telah lakukan untuk capai jumlah pv sekarang?
Koz banyak juga mencari tips-tips bermanfaat untuk tingkatkan mutu SEO blog ini. Banyak juga belajar dan mengikut perkembangan sesetengah blog otai lain. Yang bestnya dari blur pasal SEO, sekarang Alhamdulillah dah memahaminya walaupun sedikit.
Pada permulaan koz mengikut tips dari entry ini "10 Tips Untuk Menjadi Blogger Cemerlang" jadi korang pun bolehlah ikut tips-tips ini.
Kemudian koz terjumpa 1 entry dari blog otai Denaihati, entry yang dikongsikan memang terbaik "15 Cara Meningkatkan Trafik Blog".
Sebenarnya banyak lagi tips-tips yang korang boleh dapatkan jika korang rajin mencarinya. Jadi kalau korang ingin mencapai sesuatu matlamat, korang kenalah berusaha dan cari ilmu-ilmu yang terbaik untuk blog korang.