Friday 11 January 2013

Tiada rombakan hadapi T-Team


TIADA rombakan besar dilakukan oleh pengendali Kelantan, Bojan Hodak menjelang pertemuan menentang pasukan berstatus kelab, T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, petang ini.

Hodak yang juga merangkap Pengurus Pasukan berkata, beliau bercadang mengekalkan sebahagian besar pemain termasuk penyerang import yang dikritik hebat, Keita Mandjou dalam pertemuan dengan PKNS FC tempoh hari apabila bertemu pasukan bimbingan bekas jurulatih Kelantan, Peter Butler.

�Besar kemungkinan saya bercadang menyenaraikan bekas pemain T-Team musim lalu, Zairo Annuar (Zalani) dalam kesebelasan utama pasukan Kelantan. Begitu pun, saya akan buat keputusan mengenainya esok (hari ini).

�Zairo Anuar mengetahui sedikit sebanyak kekuatan dan kelemahan bekas pasukan lamanya. Saya perlukan khidmat dia dan saya fikir ini merupakan satu peluang baik untuknya membuktikan kehebatan jika diberi ruang beraksi nanti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurut pengendali dari Croatia itu, beliau akan tetap mempertaruhkan rangkaian penyerang yang sama, Manjdou dan Mohd Haris Safwan Mohd Kamal bagi merobek gawang gol pasukan yang terkenal dengan jolokan The Titans itu.

�Mengenai Mandjou, saya tahu ramai peminat pertikaikan kredibiliti dia. Tetapi saya harus bersikap jujur dan adil.

�Anda lihat Marlon Alex James (pemain ATM). Dia pemain hebat tetapi gagal menjaringkan gol meskipun mempunyai banyak peluang ketika pasukannya tewas kepada Lions XII tempoh hari. Situasi ini mungkin sama menimpa Mandjou, kita janganlah cepat menghukum dia,� katanya.

Hodak berkata, akan tiba masanya bagi Mandjou membuktikan kehebatannya selaku penggempur berbisa dan beliau berharap penyokong setia terus beri peluang dan sokongan kepada penyerang berasal dari Guinea itu.

Mengulas mengenai kekuatan T-Team yang pasti mahu mencatatkan kemenangan pertama setelah tewas tipis 0-1 kepada Perak tempoh hari, Hodak bagaimanapun tidak risau dengan kebangkitan kelab yang berpangkalan di Kuala Terengganu itu.

Lisa Surihani Buat Repot Polis Kerana ditipu


Lisa Surihani membuat laporan di Balai Polis Bangi dekat sini pada Jumaat selepas menyedari ditipu berhubung kait dengan wang.

Lisa,27, berkata, dia membuat laporan itu dengan ditemani oleh ibunya Amira Ahmad, kira-kira pukul 2 petang Jumaat.

�Saya mengaku telah membuat laporan polis berhubung kes penipuan tetapi saya tidak dapat untuk menjelaskan kes itu secara terperinci.

�Bukan saya tidak mahu bekerjasama tetapi buat masa ini ia masih dalam siasatan pihak polis,� katanya .

Lisa berkata, sekiranya pihak polis selesai membuat siasatan, barulah dia bersedia untuk berkongsi kisah itu agar peristiwa berkenaan menjadi pengajaran kepada orang ramai.

�Saya tidak boleh mengulas panjang kerana ia masih dalam siasatan polis,� jelasnya.

Dalam perkembangan lain Lisa juga sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Maskara arahan Nizam Zakaria di samping Nasha Aziz dan Anzalna Nasir.

Kereta JPJ Dibakar Orang Awam



Sebuah kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditebalikan dan dibakar oleh orang awam berikutan kemalangan di Ayer Tawar yang melibatkan 10 kenderaan, termasuk dua bas sekolah dan sebuah lori, berhampiran lampu isyarat.

Ketika kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, empat pegawai JPJ yang berada di dalam kereta pacuan empat roda tersebut melihat sekumpulan perusuh mara ke arah mereka.

11 kenderaan terlibat dalam kemalangan manakala 15 orang tercedera.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kenderaan JPJ tersebut cuba memintas dan menghentikan sebuah lori.

Pemandu lori berkenaan bagaimanapun menekan brek secara mengejut bagi mengelak daripada terlanggar kenderaan JPJ itu.

Tindakan brek secara mengejut itu mengakibatkan kenderaaan lain di belakang lori merempuh antara satu sama lain.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Timbalan Supt Ahmad Mat Isa, yang mengesahkan kejadian itu berkata polis sedang menyiasat punca kemalangan.

Beberapa anggota polis yang dilaporkan berada di tempat kejadian dikatakan gagal mengawal kemarahan orang ramai.

Penyu dapat wang �sagu hati�


Mohd Affize Faisal Mamat
Affize memilih untuk menyarung jersi ATM, musim ini.
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan pasukan ATM supaya membayar wang �sagu hati� RM5,000 kepada skuad Terengganu dalam tempoh 30 hari berkuat kuasa semalam.

Ini kerana pertikaian kedua pasukan mengenai pemain Harimau Muda A, Mohd Affize Faisal Mamat yang dilepaskan FAM tetapi memilih untuk bergabung dengan pasukan juara Piala Sumbangsih.

Mengikut peraturan FAM, pemain perlu kembali ke pangkuan pasukan negeri asal selepas melepasi had umur 23 tahun.

Sebaliknya, Affize bertekad menyarung jersi ATM dan pasukan negeri asal tidak berhak memaksa beliau bermain bersama mereka.

�ATM boleh menurunkan Affize berkuat kuasa semalam,� kata Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Datuk Takiyuddin Hassan.

Pelik!!! Bumi Dijual Di Yahoo! Auction


Di era yang canggih ini, ramai orang yang memanfaatkan internet untuk melakukan transaksi. Salah satu transaksi yang setiap hari dilakukan adalah transaksi jual beli. Sebut saja eBay dan YahooAuction, kedua laman ini setiap hari dijadikan media untuk menjual dan membeli. eBay dan Yahoo Auction adalah pasar tempat melelong atau menjual apapun di dunia maya.

Oleh kerana para penjual bebas menjual apapun yang dimilikinya maka tak hairanlah kedua laman tersebut di penuhi dengan benda-benda aneh dan tak masuk akal. Jika sebelumnya ada kaki perajurit perang AS, Kotoran burung yang menyerupai wajah Michael Jackson yang di jual, kini yang tak kalah aneh atau lebih tepatnya sangat aneh adalah planet kita, bumi di jual di Yahoo Auctions.Seorang lelaki dari Jepun mendedahkan bahawa dia telah di berikan bumi oleh Tuhan melalui mimpinya.


Selama ini dia memutuskan untuk tidak menjual bumi kerana dia masih memiliki cukup wang. Namun kerana terhimpit masalah ekonomi, kini dia memutuskan untuk menjual bumi kita ini. Harga yang di tawarkan hanya $ 0.86 USD. Tapi kerana semakin banyaknya bidaan, kini harga bumi naik menjadi $ 123.000.000. Kedengarannya ini sangat mustahil, kerana seperti yang kita ketahui, bumi adalah milik bersama. Namun masih ramai orang yang melakukan bidaan.

SUMBER

Maharaja lawak Mega 2012 Minggu 9 - Live Streaming


Live Streaming Maharaja lawak Mega 2012 Minggu 9 - Mari saksikan Maharaja lawak Mega Minggu ke 9 secara Live di sini.Jadi siapakah 5 kumpulan yang akan layak ke final Maharaja Lawak Mega 2012 nnanti? Sama-sama kita saksikan...


____________________________________________________________________________

Rupa Wanita Ini Sebelum Dan Selepas Pembedahan Bibir

Mari kita lihat bagaimana rupa gadis remaja ini sebelum dan selepas melakukan pembedahan bibir. Penulis merasakan natural beauty gadis ini lebih cantik berbanding selepas pembedahan. Hoho

 
 
 
 
 
 
 

Jadual Liga Perdana Dan Liga Super



Liga Super 2013
BERIKUT jadual perlawanan Liga Perdana dan Liga Super yang berlangsung hari ini.

Semua perlawanan bermula pukul 4.45 petang kecuali perlawanan di Stadium Negeri Sarawak bermula 8.15 malam dan Stadium Darul Aman bermula 8.45 malam.

Sarawak lawan UiTM FC di Stadium Negeri Sarawak, Kuching

Kedah lawan Pos Malaysia FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar

Kuala Lumpur lawan PDRM di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras

NS Betaria FC lawan Johor di Stadium Hang Tuah, Melaka.

Sime Darby FC lawan Sabah di Stadium Majlis Perbandaran Selayang

S.P.A Putrajaya FC lawan Perlis di Stadium Hang Jebat, Melaka


Liga Super:

Semua perlawanan bermula 8.45 malam kecuali di Stadium MBPJ bermula 4.45 petang

Negeri Sembilan lawan Terengganu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Felda United FC lawan Pahang di Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Johor Darul Takzim FC lawan Perak di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin