Thursday 1 November 2012

Gambar Hot! Emma Maembong tumbuk Zach X Factor

Gambar Emma Maembong tumbuk Zach X Factor-Gambar ini memaparkan detik di mana Emma Maembong telah menumbuk muka Zach X Factor. Tumbuk main-main je tau hihihi...


Remaja Liwat Kanak-kanak 6 Tahun



Seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini terhadap pertuduhan meliwat seorang kanak-kanak lelaki, dua tahun lalu.

Remaja yang berusia 16 tahun pada masa kejadian didakwa melakukan kesalahan itu ke atas kanak-kanak yang berusia enam tahun di dalam bilik tidur di sebuah kediaman di Hulu Kelang, Ampang, pada 2 petang, 27 Februari 2010.
Dia yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie menawarkan wang jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Bapa tertuduh yang hadir sebagai penjamin, memohon mahkamah supaya wang jaminan dikurangkan kerana ia berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan lima orang anak.

Hakim Manira Mohd Nor membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Disember depan untuk sebutan. - BERNAMA

Kereta bertembung Lori Padi di kedah


Lima sekeluarga maut kereta Perodua Viva yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori membawa padi di Jalan Tualang, Pokok Sena di sini, petang tadi.

 Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, empat maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi penumpang lelaki berusia 20-an meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah.

sumber-Berita Harian

Zahnita Wilson Lahirkan Bayi Perempuan Anak Kedua


Zahnita Wilson telah selamat melahirkan anak keduanya pada jam 7.38 pagi tadi. Dikatakan Zahnita Wilson dan bayi perempuannya berada dalam keadaan sihat dan nama bayi perempuan Zahnita Wilson ialah Zasha. Tahniah diucapkan buat Zahnita dan suami.