Tuesday 20 November 2012

Gambar Anuar Zain dan Nora Danish


Info terkini telah tersebarnya gambar Anuar Zain dan Nora Danish duduk bersebelahan.WOw..amat sepadan sekali. Senyum, tak perlu kata apa-apa...cewah...

Seperti sedia maklum baru-baru ini Anuar zain telah meluahkan ciri-ciri wanita idamannya adalah seperti Nora danish untuk dijadikan isteri. Jom baca artikel ini "Nora Danish ciri-ciri wanita idaman Anuar Zain"

p/s: Ada sesiapa jeles tak???hihi

Anuar Zain dan Nora Danish bercinta, Percintaan Anuar Zain dan Nora Danish, Video Anuar Zain dan Nora Danish, Gosip artis Anuar Zain dan Nora Danish bercinta,

Gambar Hot! Leuniey


Di sini dipaparkan beberapa keping gambar ayu si gadis pilihan apek iaitu Nur Eilunie Natasha atau lebih dikenali dengan nama Leuniey. Jom layan.





Hot! Nora Danish ciri-ciri wanita idaman Anuar Zain


Anuar Zain mengakui wajah seperti pelakon Nora Danish antara ciri-ciri wanita idamannya untuk dijadikan isteri. Anuar mula tertarik dengan Nora sejak kemunculan awal pelakon itu menerusi drama Puteri.

"Nora memiliki wajah dalam kriteria wanita idaman saya yang feminin dan lembut.
"Saya tidak menolak takdir sekiranya dijodohkan dengan Nora," kata Anuar.

Penyanyi itu ditemui pada pelancaran klip video lagu Ajari Aku di White Box, Publika dekat sini, petang Isnin.

Bagaimanapun, tambah Anuar, perhubungannya dengan Nora tidak lebih daripada seorang rakan kerja kerana wanita itu menjadi pasangannya dalam klip video Ajari Aku yang turut menampilkan pelakon Datuk Rahim Razali.

Ditanya, pernah atau tidak dia terfikir untuk mengenali Nora dengan lebih dekat, Anuar memberitahu tidak memikirkan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan ibu beranak satu itu.

"Walaupun Nora mempunyai ciri-ciri wanita idaman seperti yang di inginkan, tetapi ia belum sampai ke tahap untuk saya mengenalinya dengan lebih lanjut. Masing-masing dengan hal peribadi sendiri," tuturnya.