Tuesday 23 October 2012

Gambar Hot! Tasha Shila Pakai Baju Bersalib



Aktres Tasha Shila mempersoalkan kewajaran pihak-pihak tertentu yang menimbulkan cerita adanya simbol salib pada baju yang dipakainya ketika majlis pelancaran tema pakaian �fairy tale� untuk Anugerah Skrin 2012.

Pada majlis itu, beberapa orang artis wanita telah mengadakan peragaan pakaian di atas pentas termasuklah Tasha Shila.
Dalam peragaan tersebut, Tasha dilihat telah memakai �dress� labuh rekaan Hazwani Omar dengan jelas menampakkan simbol salib di depannya.

Dengan �hadirnya� simbol yang melambangkan agama lain, Tasha dan pereka pakaian itu dilabelkan sebagai insan yang tidak sensitif dengan perasaan umat Islam.

Tasha bagaimanapun ternyata terkejut dengan dakwaan sedemikian.
�Hah?? Memang tak perasan pun dan bagi Tasha memang tak ada apa-apa simbol pun pada baju yang diperagakan Tasha.

�Sebagai model, Tasha hanya peragakan baju tersebut dan bukannya terlepas pandang. Pereka fesyen juga ada ketika Tasha memakai baju itu,� kata Tasha yang dipetik dari portal OhBulan.
Tidak mahu mengeruhkan keadaan dan memanjangkan isu ini, Tasha berkata, isu seperti ini tidak seharusnya timbul.

�Bagi Tasha, pemikiran sesetengah orang yang terlalu negatif dan Tasha berfikiran positif ketika memperagakan baju tersebut. Isu ini tak patut timbul dan Tasha tak mahu komen banyak-banyak,� katanya.
Bagi Hazwani Omar, dia menjelaskan tiada niat untuk dirinya mereka pakaian dengan bersimbolkan salib.
Hazwani memberitahu simbol itu tidak wujud sebaliknya juluran ikatan �hood� dikepala yang dipakai oleh Tasha terjulur ke depan dan telah menyebabkan �munculnya� simbol salib.

Pun begitu, Hazwani akan lebih berhati-hati dalam mereka pakaian selepas ini.
�Saya memang tak ada niat langsung dan tak pernah terlintas difikiran saya mengenai simbol tersebut.
�Sebagai pereka, saya memang menitikberatkan segala rekaan saya dan setiap rekaan saya, saya akan ambil respon dari orang ramai.

�Saya akan lebih berhati-hati lepas ini. Apa boleh buat, pemikiran orang lain-lain. Kalau mereka fikir negatif, maka negatif lah yang mereka nampak,� kata Hazwani.

No comments:

Post a Comment