Kejadian berlaku semasa Johan dan Nabila menuju ke Damansara untuk menghadiri Majlis Anugerah Skrin 2012 selepas selesai sesi penggambaran.
Walaubagaimana pun Johan dan Nabila tidak mengalami apa-apa kecederaan dan hanya mengalami sedikit kejutan selepas kejadian yang berlaku.
�Pada waktu kejadian itu, biasalah, kami sedang �excited� untuk menuju ke sini (Hotel Royal Bintang). Namun disebabkan hujan, jalan menjadi licin dan secara tiba-tiba, kereta yang dipandu Johan tergelincir,� jelas Nabila mengenai kejadian tersebut.
Dalam kejadian yang berlaku di Penchala Link itu, kemalangan itu nyaris mencederakan Nabila apabila bahagian sebelah kiri kereta Johan mengalami kerosakan yang teruk.
�Saya masih lagi terkejut dengan perkara yang berlaku dan ini merupakan kali pertama saya dan juga Johan mengalami kemalangan kereta,� tambah Nabila lagi.
Sementara itu, Nabila sempat juga menafikan bahawa dia dan Johan telah putus cinta dan menegaskan mereka berdua hanya berkawan baik sahaja.
�Saya hairan, macam mana boleh timbul cerita putus sedangkan kami berdua hanya berkawan? Masalah dengan keluarganya juga tidak pernah timbul dan tak logik,� tegas Nabila.
�Macam mana boleh kena �reject� dengan keluarga Johan sedangkan saya sendiri tidak pernah bertemu mereka?�
Nabila kesal dengan khabar angin yang tersebar dan meminta agar orang berhenti bercerita perkara negatif terhadap dirinya.
No comments:
Post a Comment